SUKA BLOG INI?

Selasa, 17 April 2012

Suasana Mahsyar

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Ibni Ammar Radiallahuanhuma bahwa Rasul Allah S.A.W memberitahu yang manusia akan dibangkitkan kembali antuk bertemu dengan Allah pada hari kiamat sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah Radiallahuanha bertanya: Lelaki dan perempuan berkumpul sama ya Rasul Allah?. Jawab Rasul Allah S.A.W: Ya!. Siti Aisyah berkata:
Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah daripada setengah yang lain”.
Rasul Allah S.A.W menepuk bahu Aisyah dengan bersabda:


“Kesibukkan manusia pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, kebanyakkan pandangan mereka pada saat itu mengarah ke langit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan dan tidak minum, ada yang berpeluh sampai ke tumit, betis, perut dan ke mulut kerana lamanya berdiri. Kemudian berdiri para malaikat mengelilingi Arash lalu Allah menyuruh menyeru NAMA fulan bin fulan. Maka semua yang hadir melihat orang yang dipanggil untuk mengadap Allah S.W.T dan apabila ia sudah mengadap Allah, lalu dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya dan dizaliminya untuk diberikan kebaikannya kepada orang tersebut kerana pada saat tersebut tidak ada pembayaran dengan emas atau perak. Semua orang yang pernah dianiaya dan dizalimi menagih kebaikan darinya sehingga habis kebaikannya, lalu diambil dosa-dosa orang yang dianiaya dan dizalimi tersebut untuk dipikulnya. Kemudian setelah selesai semuanya maka diperintahkan Allah kembalilah ketempatmu ke Neraka HAWIYAH kerana pada hari ini tidak ada penganiayaan. Sesungguhnya Allah amat segera perhitungannya dan pembalasannya. "

Bayangkan saudara..bayangkan saudari..kita akan dibangkitkan dalam keadaan berbogel. Ketika itu tiada siapa yang mempedulikan orang lain. Mereka hanya berfikir bagaimana nanti mengadap Allah yang Maha Berkuasa.

“Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yg cukup menyibukkannya”


Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu menyatakan

“Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dgn hari yg seluruh aurat kita terdedah, walaupun terdedah namun manusia tidak ambil peduli lagi kerana manusia ketika itu dibangkitkan dibumi mahsyar dgn berbagai cara, ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik kebawah dan kakinya diatas”.


Anda lihat....bagaimana nanti kita akan dibangkitkan. Pelbagai ragam manusia di padang mahsyar nanti. Berjalan dengan perutnya dan bermacam-macam lagi perbuatan manusia ketika itu. Semuanya bergantung kepada amalan masing-masing.
Abu Hurairah berkata bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah s.a.w perpidato dihadapan para sahabat dengan sabdanya yg bermaksud:

"“Bahawa manusia di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia sebaik sahaja dibangkitkan dibumi mahsyar sudah tersedia kenderaan untuk mereka sementara sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan kaki, sementara yg satu kumpulan lagi manusia berjalan dengan mukanya tertunggang ke tanah.

Seorang dari sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w “Bagaimanakah caranya manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ketanah?” Maka Nabi s.a.w menjawap :

“Allah SWT yg berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan Allah jua yg berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke tanah”.

Di Padang Mahsyar Allah menghimpunkan seluruh makhluk bernyawa terdiri daripada manusia dengan keadaan hina. Binatang liar yang garang jadi tunduk dan merendahkan kepalanya. Begitulah juga syaitan-syaitan dan iblis yang bongkak sombong semasa di dunia tetap merendahkan diri dengan rasa hina.

Setelah semuanya berkumpul, tiba-tiba bertaburanlah segala bintang-bintang yang ada di atas kepala mereka. Matahari dan bulan pun terus menjadi gelap gelita, maka gelaplah seluruh Padang Mahsyar masa itu segelap-gelapnya. Kemudian mereka mendengar satu bunyi yang amat dahsyat dari pihak atas. Rupa-rupanya langit yang setebal 500 tahun perjalanan itu tiba-tiba pecah dan keluarlah malaikat dari pecahan itu dan mengucap taqdis kepada Tuhannya. Maka himpunan makhluk itu terkejut yang amat sangat kerana melihat jasad malaikat yang amat besar dan gagah itu.

Di kala itu, matahari didekatkan kepada kepla manusia. Bertambah-tambahlah rasa panas di samping panas himpitan manusia yang sangat ramai dan padat itu. Sedangkan di tempat itu tidak ada apa-apa pun perlindungan Arasy tetapi untuk mereka yang baik-baik, terdiri daripada para Rasul, Nabi-nabi, dan wali-wali. Bertahun-tahun mereka dihimpunkan di dalam keadaan bersesak-sesak dan berhimpit-himpitan itu dalam keadaan tiada ruang lapang. Sehinggakan tapak kaki sesetengah mereka berada di atas tapak kaki orang lain. Oleh kerana terlalu panas, mereka berasa sangat ahaga sehingga dirasakan seolah-olah putus batang leher dan peluh melimpah dengan banyaknya. Begitu banyaknya peluh sehinga menenggelami mereka, mengikut amalan masing-masing.

Berkekalanlah himpunan manusia dalam keadaan demikian selama beribu-ribu tahun, hingga terdengar satu suara pukulan yang amat kuat, yang menambahkan lagi rasa takut dan gerun dengan suara itu. Pada mulanya mereka menyangka azab akan turun lagi tetapi yang mereka lihat lapan malaikat turun dari lagit membawa ' Arasy-Ar-Rahman' yang amat luas sambil para malaikat itu bertasbih memuji Tuhannya yang amat kuat sekali. Arasy itu diletakkan di atas Bumi Mahsyar dengan besar dan gagahnya.






Ada TUJUH golongan manusia yang diberi peluang duduk di bawah lindungan Arasy tersebut:

*    Golongan raja/ pemerintah yang memerintah dengan adil.

*    Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah.

*    Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

*    Lelaki yang dipujuk oleh perempuan untuk melakukan zina tetapi ia menolak dengan katanya, "Aku takut akan Allah Tuhan semesta alam".

*    Lelaki yang berzikir dan menyebut Allah di tempat sunyi (bersendirian) sehingga mengalir air matanya kerana takut dan gentarnya kepada Allah S.W.T.

*    Lelaki yang begitu ikhlas bersedekah sehinga apa yang di hulur oleh tangan kanannya tidak di ketahui oleh tangan kirinya.

*    Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid untuk beriktikaf dan mengabdikan diri kepada Allah.


“Ya Allah..hamba ini banyak melakukan kemungkaran..hambaMu ini banyak melakukan kekhilafan. Aku takut akan azab-Mu,siksaan yang dijanjikan oleh-Mu terhadap orang yang mengingkari segala perintah-Mu.

Tuntunilah langkahku, Ya Rabb..
Bimbinglah hati ini, Ya Rahman..
Ampunkanlah hamba –Mu yang lemah ini..
Aku benar-benar menyesal, Ya Allah..”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS