SUKA BLOG INI?

Khamis, 19 April 2012

Bila aku jahil

Bila aku jahil,
Aku jauh dari Allah..

Bila aku jauh dari Allah,
Semakin Allah mendekati aku..

Semakin Allah mendekati aku,
Hati aku mula rindu...

Rindu..
Ketika rindu hadir menjengah dalam lubuk hati,
Aku termenung dalam sunyi.

Terlalu banyak dosa terpalit pada diri,
Terlalu banyak perintah Allah aku tinggali.

Ya Allah,
Ketika aku gembira,
Aku lupa akan-Mu,
Aku hanyut tanpa memikirkan-Mu.

Ya Allah,
Ketika aku bersedih,
Aku mempersoalkan takdir-Mu.
Aku berdosa,Ya Allah.

Ya Allah,kiranya Engkau mencabut nyawaku 
hari ini,
Nescaya terlalu banyak dosa yang aku bekali.

Engkau cabutkanlah nyawaku,
ketika aku sujud kepada-Mu.
Ketika aku benar bersedia menghadap-Mu.

Ya Rahman..
Tuntunilah langkah kakiku,
Basahkanlah lidahku dengan menyebut Asma-Mu,
Tabahkanlah hati aku menempuhi ujian-Mu,
Kuatkanlah rindu aku terhadap-Mu.

Ya Rahim..
Sesungguhnya dalam hati ini,
masih ada nama seorang wanita ajnabi,
melekat didalam hati.
Hapuskan lah perasaan itu..
Kau tanamkan sifat cinta pada-Mu dalam diri aku dan dalam dirinya itu,
Jadikanlah dia wanita solehah yang patuh pada arahan-Mu.

Ya Rabb,
Sesungguhnya Engkau telah menetapkan jodoh aku,
Sebagaimana Engkau telah menentukan tanah kuburku,
Sebagaimana Engkau juga telah menetapkan ajalku.
Rahmatilah seluruh ahli keluargaku,
Sahabat-sahabatku,
Orang yang mengasihi dan mencintaiku,
Orang yang membenciku.

Sesungguhnya Engkau yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Engkau benar-benar tidak memungkiri janji.

-di malam yang dingin-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS