SUKA BLOG INI?

Ahad, 22 April 2012

Jika Aku Mati Esok Hari

Ketika aku berblogwalking, aku terbaca satu artikel di blog ini. Blog ini mengisahkan tentang kematian..tanpa kita sedari. Kita mengetahui dan sudah sedia maklum bahawa

"Setiap yang beryawa pasti akan mati"

ya..semua yang hidup pasti akan mati. Jika aku mati pada esok hari, aku mempersoalkan apa perkara terakhir yang aku lakukan? adakah aku sedang melakukan solat? atau aku sedang leka menghadap perkara-perkara yang lalai?

Jika aku mati, adakah mereka bersedih dengan pemergian aku?
Berapa ramai orang yang sanggup menangis atas pemergian aku?
Berapa orang yang mahukan aku kembali di bumi yang nyata?
Berapa orang yang akan merasakan kehilangan aku?

Jika aku mati, berapa ramai orang yang akan menziarahi pusara aku?
Adakah kawan-kawan aku?
Atau hanyalah dibiarkan sahaja tanpa ziarah,doa ataupun bacaan Yassin?

Itulah perkara yang sering aku fikirkan..sekiranya aku mati, pasti mereka akan mengenangkan saat-saat indah dan akan berkata;

"Arwah tu baik orangnya.."

mereka akan tersenyum, dan mula mengalirkan air mata. Itu hanyalah tanggapan aku..
Sekiranya mereka menceritakan sebaliknya..

"Arwah tu buruk perangai.."

Nauzubillah...jika aku mati, adakah mereka akan mengampuni segala kesalahan aku terhadap mereka..?
Sememangnya itu lah fitrah alam. Di dinding FB ku pasti akan dipenuhi dengan pelbagai ucapan-ucapan takziah daripada rakan-rakan.

"Semoga Arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh"


Mungkin sekiranya mereka yang tidak mengetahui akan pemergian aku, akan terus membaca blog ini tanpa memikirkan nasib aku. Adakah aku dipukul?Adakah aku dapat menjawab segala soalan Malaikat Mungkar dan Nakir?

Allah berfirman yang bermaksud:

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya , maka dia tahanlah jiwa yang telah dia tetapkan kematiannya itu dan dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan"

Semua orang takutkan mati. Termasuk aku. Tetapi bagi orang yang beriman, mereka merindukan kematian kerana mereka tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Allah ibarat seperti mahu berjumpa dengan kekasih yang lama tidak dijumpai.

Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yang banyak mengingati mati, maka ia akan mengutamakan 3 perkara iaitu :
1. SEGERA BERTAUBAT
2. BERHATI TENANG
3. RAJIN BERIBADAH

Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan menderita 3 perkara :
1. MENUNDA-NUNDA TAUBAT
2. TIDAK RELA HIDUP SENANG
3. MALAS BERIBADAH

Oleh itu mari lah kita mengingati mati. Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa

"Orang yang bijaksana adalah orang yang mengingati kematian"





Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS