SUKA BLOG INI?

Sabtu, 21 April 2012

Aku tidak mengharap pada dia


"aku xmengharap pada dia

tp aku mengharap pada tuhan
aku xminta pada dia
tp aku minta pada tuhan
aku xmenunggu keajaiban dia
tp aku menunggu keajaiban tuhan



salahke aku terus mengharap dan berdoa agar dibukakan pintu hatinya untukku?
bkan ku pohn pada dia
tp ku pohon pada tuhan



aku yakin...semua datang dr tuhan
perkenalan aku dan dia pn dari tuhan
aku yakin...doa ku pasti termakbul
biarpun bertahun2 terpksa menunggu
aku ttap akan berusaha mengekalkan hubungan ini
dan menjadi yg terbaik untuk dia
semoga Allah membantu dan mengizinkannya untukku"

Memang tak dinafikan ketika umur begini kita menghadapi pelbagai cabaran..termasuk diri ini..cabaran yang terbesar ketika ini ialah perasaan cinta..aku juga seperti mereka..bercinta..pernah bercinta..
Teringat kembali bagaimana aku mula menaruh perasaan ketika sem 1 lagi..melihat pasangan bercinta terasa begitu bahagia..dan aku teringin untuk bercinta..aku sedar ketika itu aku masih belum bersedia,namun takkan mampu menipu diri sendiri tak mampu menyembunyikan rasa hati.

Sesetengah rakan ku pernah berkata..kata-kata tersebut sering aku dengar..

                      "Bercinta tak semestinya memiliki"

Ya benar..bercinta tak semestinya kita miliki..
Aku mula sedar, cinta kepada Allah hanyalah cinta yang kekal..Allah memiliki seluruh perbendaharaan.
Kepadanya kita minta cinta,kepadanya juga kita minta jodoh. Jangan terlalu mengharap kepada cinta manusia yang penuh dengan penipuan,kata-kata manis,janji-janji kosong.

Aku juga menanti-nanti siapakah gerangan yang akan menerima diri aku. Adakah dia, ataupun orang lain.
Aku pernah membaca satu artikel mengenai cinta. Ini dia artikel itu:

Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,

"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… "
Apa yang aku dapat ialah teruskan berdoa sekiranya kita benar-benar ingin memiliknya. Insya Allah, jika kita menumpahkan sepenuh pengharapan kepada Raja Segala Cinta iaitu Allah, Allah akan menjodohkan kita dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS