SUKA BLOG INI?

Memaparkan catatan dengan label ILLUMINATY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILLUMINATY. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Oktober 2010

MISI DAJJAL


Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah

oleh Ibnuyaacob
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ‘salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
  • Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
  • Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superherountuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam.
http://dajjal.wordpress.com/2008/06/12/rahsia-misi-dajjal-di-timur-tengah

Ahad, 24 Januari 2010

MISTERI VATICAN CITY




Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?
Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.
Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom
Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.
Tetapi tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2 berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan? :)
Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.
Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-mata kerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?
Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri
Zaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah2 lalu. Kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Italy telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja2 Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam Rome, Italy, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar.
Di sebalik itu, muncul banyak kisah misteri yang berkaitan dengan Vatican City. Antaranya ialah kemunculan UFO (Unidentified Flying Object) di sana dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu sendiri sebenarnya adalah berkait rapat dengan Illuminati.
Vatican City dikaitkan dengan ‘Black Magic’ dan banyak simbol dan gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang awam?
Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu. Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.
Vatican City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus. Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.
Vatican City merupakan salah satu dari 3 pusat pentadbiran besar Illuminati;
1 – Washington DC - Sebagai pusat pentadbiran ketenteraan
2 – London city – Sebagai pusat pentadbiran ekonomi dan kewangan
3 – Vatican City – Sebagai pusat pentadbiran keagamaan
Ketiga2 wilayah tersebut merupakan wilayah bebas ‘independant states’. Mereka menjadikannya sebagai Triniti yang tidak suci.
Dan yang menjadi kekeliruan yang amat ketara sekali ialah munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja sedangkan Illuminati sendiri ialah satu pertubuhan Anti-Kristian yang mana umat Kristian sendiri mengetahui tentang akan munculnya golongan anti-Kristian tersebut, tetapi akibat tipu daya dan kelicikan Illuminati, maka masih ramai yang tidak menyedarinya dan buat2 tidak sedar. Saksikan video di bawah berkenaan dengan munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja di seluruh dunia.
Obelisk di Vatican City

Di Vatican City juga terdapat sebuah ‘Obelisk’. Obelisk ialah satu menara yang tinggi di mana hujung di atas nya berupa sebuah piramid. Obelisk asalnya adalah senibina orang Mesir kuno dan banyak Obelisk telah dipindahkan dari Mesir dan diletakkan di negara2 lain contohnya di kota London. Adalah dipercayai Obelisk digunakan oleh Illuminati sebagai sebahagian mercu tanda mereka.
Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaitu Amon Re / Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yang disembah oleh orang2 Mesir Kuno itu? Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yang telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikan nya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.
Pope benedict XVI dahulunya adalah seorang Nazi
Dari bekas seorang Nazi kini menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik. Dia dilahirkan pada 16 April 1927 di Marktl am Inn, Bavaria, Jerman. Nama sebenarnya ialah Joseph Alois Ratzinger. Sejak berusia 14 tahun, Ratzinger telah menyertai Hitler Youth kerana ia adalah satu kewajipan di sana untuk menyertainya apabila berumur 14 tahun, di bawah pemerintahan Nazi Adolf Hitler. Walaupun begitu, ayah Ratzinger merupakan seorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Nazi kerana Nazi amat bertentangan dengan ajaran iman Katolik.
Walaubagaimana pun, selama bertahun2 juga Ratzinger terlibat dengan Nazi yang mana kemudiannya dia diserap terus ke dalam askar Nazi infantri Jerman. Dia pernah ditangkap oleh tentera Amerika dan menjadi tahanan perang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Nazi juga telah dipengaruhi oleh gerakan illuminati. Tindak-tanduk Adolf Hitler di dalam Nazi adalah dibiayai oleh Zionist iaitu cabang dari Illuminati.
Bermula dari tahun 1959, beliau telah menjadi professor di Universiti Bonn, dan pelbagai lagi hingga lah sekarang ini beliau telah menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik dan bergelar Pope Benedict XVI.
Walaubagaimana pun beliau pernah memberi syarahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam suatu ketika dulu pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman. Antara kata2nya yang begitu sensitif berbunyi;
“Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”
Yang bermaksud, “Tunjukkan padaku apa yang dibawa oleh Muhammad suatu yang baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yang diajarnya“.
Illuminati amat suka bermain dengan simbol2 dan mereka sememangnya amat bijak dalam permainan simbol. Mereka menggunakan simbol2 kerana pergerakan mereka adalah secara rahsia. Mereka menggunakan simbol2 agar ianya diketahui oleh golongan mereka sahaja. Tetapi niat dan perbuatan yang jahat akhirnya akan terbongkar jua.
Setakat ini sahaja dulu, insyaAllah masih banyak lagi yang akan dibongkarkan tentang kegiatan Illuminati (manusia2 penyembah Lucifer / Iblis) dan ingin menghapuskan hidup beragama. Yang telah banyak merosakkan agama yang asalnya suci tetapi telah dinodai oleh mereka sedikit demi sedikit dan secara halus. Anda juga digalakkan memberikan sumbangan pengetahuan2 anda berkenaan mereka. Sama2 kita berkongsi maklumat untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita berhati2 dengan dunia sekarang, sayangi keluarga, anak cucu kita dan mereka2 yang tidak bersalah. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari bala, semoga Allah melindungi kita dari azab kubur dan api neraka, amiin.
Ingatlah, Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri. Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden, manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM. Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka. Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na’uzubillah.
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103
p/s: Kita masih mahu bertegang leher, berpuak2, berbalah sesama sendiri, sedangkan musuh utama dunia sedang rancak menjalankan operasi mereka. Ayuh wahai saudara2 ku, bersatulah kita semua di bawah Tauhid yang satu …….

HIBURAN DAN MUZIK IILUMINATI


Hiburan adalah saluran paling sesuai untuk mengkhayalkan manusia dan menjadikan manusia malas berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Islam tidak melarang hiburan selagi ianya tidak melalaikan dan melanggar syariat. Tetapi kebanyakan hiburan yang disajikan oleh Illuminati dapat menjadikan manusia memuja artis, keluar malam untuk menyaksikan konsert dengan bercampur gaul lelaki dan wanita, hiburan yang keras yang dapat mengeraskan jiwa, melalaikan dari mendirikan kewajipan 5 waktu, hiburan yang membangkitkan nafsu berahi, hiburan yang terlampau mengarut dan sebagainya. Ia adalah satu taktik untuk membuatkan manusia menjadi leka dan tidak sedar kepada gerakan2 Illuminati yang telah lama mempengaruhi manusia apa lagi semakin menjauhkan manusia dari Tuhan.
Jika disebut tentang Illuminati, mungkin manusia yang sudah lalai dengan hiburan dan seronok dengan dunia menganggap ianya hanya sebuah mitos, khayalan orang2 tertentu. Buat susah2 je fikir, baik enjoy senang. Sedangkan mereka lupa, terhadap pencabulan hak asasi manusia, kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam sedunia, perampasan hak orang lain, penjajahan, penghapusan etnik dan sebagainya yang dilakukan oleh mereka2 yang terlibat itu. Mereka bergerak dalam pelbagai pertubuhan, ada yang buat kerja amal (kerana mahu berselindung), ada yang buat kerja bisnes, ada yang nampak sangat brutalnya seperti tentera Israel, Mafia dan sebagainya.
Maka kali ini akan disentuh tentang dunia hiburan yang disajikan oleh mereka. Perhatikanlah sendiri, betapa hiburan semakin berleluasa dan tumbuh lebih laju dari cendawan sekarang ini. Pelbagai hiburan yang pelik2 yang belum pernah muncul pun kini muncul. Segala2nya untuk memuaskan nafsu manusia dan membuat manusia menjadi khayal dan tidak lagi berfikir panjang.
Pengaruh Illuminati dalam dunia nyanyian
Dunia nyanyian sememangnya tidak logik dilupakan oleh mereka, kerana ianya adalah saluran terbaik untuk mengkhayalkan manusia kerana majoriti manusia sukakan hiburan berbentuk nyanyian. Maka ramai juga artis yang dibela oleh mereka dan dijadikan bintang ternama yang mempunyai jutaan peminat. Dalam masa yang sama mereka dapat meneruskan agenda mereka tanpa mendapat halangan yang banyak.
Sebagai contoh, jika anda melihat aksi Jay Z, artis negro yang popular sekarang, beliau selalu membuat lambang segitiga seolah-olah piramid dengan kedua tangannya. Dan ini bukannya kebetulan, kerana kebiasaannya mereka akan menunjukkan tanda-tanda mereka dan menggalakkan orang ramai mengikut sama (walaupun tak tahu apa sebenarnya yang mereka ikut itu). Sama ada Jay Z sendiri sedar atau tidak maksud apa yang dilakukannya itu, tetapi memang ada dalang di sebaliknya. Mungkin Jay Z hanya sebagai boneka kerana itu adalah perkara biasa bagi Illuminati iaitu membonekakan orang lain demi tercapai hajat mereka. Seperti lambang tanduk dua pada tangan yang selalunya dibuat oleh artis2 rock, itu juga merupakan lambang kumpulan Illuminati bagi masing2 mengenali diri masing2.
Mengapa agaknya ada artis2 yang terpengaruh dengan Illuminati? Itu tidak menghairan, kerana Illuminati menjanjikan kemewahan, kemashyuran, mereka akan back up habis2an kerana mereka mempunyai dana yang terlampau banyak. Syarikat2 rakaman muzik besar adalah milik mereka. Setakat mahu menyara artis itu tidak ada masalah langsung. Mereka menyediakan programmer2 terhadap artis untuk mengatur setiap langkah dan gerak-geri artis tersebut. Dan jangan ingat artis Malaysia sahaja yang ada mengamalkan susuk dan bomoh, sebenarnya mereka lebih advance lagi dalam hal-hal mistik bagi mengekalkan kecantikan dan populariti mereka.
Jika dahulu Black Metal diperkenalkan oleh Illuminati dan terdapat banyak ritual2 menyembah dan memuja syaitan di dalamnya, terlalu ketara sangat nampak, juga seperti muzik punk, skinhead dan sebagainya, tetapi kini bukan Black Metal sahaja yang mempunyai kaitan dengan mereka, tetapi juga genre2 lain termasuklah hip hop. Walaupun begitu Black Metal dan sewaktu dengannya masih lagi aktif dan diharapkan agar anak2 muda dan anak2 tua menjauhinya. Dan syukur alhamdulillah, insyaAllah nasyid tidak akan dipengaruhi oleh mereka
Ramai artis sendiri yang terlibat dalam pemujaan syaitan seperti menjadi pengikut Church of Satan (Gereja syaitan). Di dalam tajuk Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka ada diterangkan secara ringkas berkenaan dengan Church of Satan. Di antara artis yang terlibat seperti Marilyn Manson, Ozzy Osbourne, Led Zeppelin dan sebagainya.
Illuminati juga menyelitkan logo2 dan syiar mereka di dalam banyak klip video muzik, kulit depan album, seperti mana juga diselitkan dalam kebanyakan filem2 Hollywood. Mereka juga menyelitkan hal2 berkenaan mereka dalam lirik2 lagu termasuklah lagu2 yang ada maksud tersendiri jika dimainkan secara songsang.
Pengaruh Illuminati dalam dunia perfileman Hollywood
Media filem adalah saluran utama untuk mempengaruhi jiwa manusia. Maka Illuminati tidak ketinggalan dan mungkin tidak akan ketinggalan dalam menggunakan pengaruh media filem untuk membrainwash dan mengkhayalkan manusia. Manusia sanggup tertunggu2 kemunculan filem terbaru, sanggup beratur ke pawagam untuk memuaskan hati masing2. Sila baca pada link berikut pada tulisan saya yang lepas -> Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood
Banyak watak di dalam filem Hollywood dikaitkan dengan The Chosen One (Yang menjadi pilihan), seperti Harry Potter, Star Wars, Transformers, The Matrix dan sebagainya. Apakah maksud di sebalik perkataan itu? Adakah mereka sengaja mahu mempermainkan umat kristian dengan mengaitkannya dengan Yesus? Atau pun itu sebenarnya adalah kisah sejarah Dajjal yang mulanya baik, menjadi manusia pilihan dengan di didik oleh malaikat dan akhirnya menjadi jahat dan menentang Tuhan?
Jika anda lihat filem Watchmen, Dr Manhattan itu sebijik dikaitkan dengan tuhan matahari iaitu Ra, dengan simbol matahari di dahinya yang sama dengan simbol Mesir kuno lama yang ada kaitan dengan Ra. Mesin besar yang diciptanya seakan matahari apabila dilihat dari sudut mana pun. Ozymandias pula memakai talipinggang yang mempunyai simbol mata satu (Ra) Mesir kuno dan dia memiliki syarikat yang bernama Pyramid International, dan banyak lagi adegan dalam cerita tersebut yang mempamirkan identiti Illuminati.
Beberapa permainan PC (PC Games)

Permainan Monopoli
Mengapakah permainan Monopoli untuk kanak2 itu dipanggil Monopoli? Tiada lain kerana Illuminati mahu mengajar manusia dari kanak2 lagi agar mempunyai sifat yang suka memonopoli harta kekayaan. Makna Monopoli itu sendiri pun sudah jelas apatah lagi jika jiwa terdidik dengan sifat suka memonopoli. Ianya dapat menjadikan manusia semakin tamak, mahu kuasai harta sorang2, tidak pedulikan orang lain dan sebagainya.
Permainan ini untuk membina minda? Masih banyak lagi permainan untuk membina minda, maka bagi saya permainan yang menggalakkan sifat tamak ini sebaiknya tidak perlu bagi kanak2 kecil dan kanak2 dewasa.
Pengaruh Illuminati dalam pertunjukan Sihir (magic)

Dengan pengaruh dan kemahiran Illuminati menguasai minda manusia, maka ilmu sihir yang dahulunya dibenci dan ahli sihir akan dibakar hidup2, tetapi kini ahli sihir dipuja ramai dan sihir menjadi hiburan yang amat diminati. Sememangnya mereka mendakwa mereka tidak melakukan sihir tetapi hanya silap mata atau ilusi, tetapi sebahagian besar dari apa yang dilakukan oleh Chris Angel (David Copperfield alaf baru) , David Blaine dan sebagainya lagi adalah betul2 sihir. Hanya yang mengenali sihir akan tahu rahsia mereka.
Dan macam2 lagi pengaruh Illuminati dalam bidang hiburan termasuklah porno, judi, arak, rokok, dadah, pil-pil khayal, gusti, beberapa sukan, kartun untuk kanak2 dan sebagainya, tak tersenarai. Sasaran Illuminati bukan sahaja orang2 dewasa malahan kanak2 melalui rancangan2 kartun terutamanya kartun Walt Disney.
Unsur-unsur seks juga semakin banyak diselit, terutamanya di televisyen, majalah, iklan, rancangan kartun, bahkan akhbar2 juga diselitkan unsur seks. Ini kerana akhbar2 utama dunia terutama yang ada di internet adalah milik mereka. Selain dari mempropagandakan berita, memalsukan berita dan sebagainya , mereka juga mempromosikan cara hidup bebas seks. Sekurang2nya di selitkan juga iklan2 wanita seksi di tepi bahagian berita. Itu pun sudah cukup untuk mengujakan mata2 lelaki yang melihatnya.
Begitu juga dengan laman2 web porno yang semakin banyak. Kalau dulu agak payah mereka mendapatkan lesen, pengguna perlu membayar untuk melihat gambar dan video dan mesti register jadi ahli dahulu untuk melihat gambar, serta laman web tersebut mudah diban, tetapi sekarang sudah banyak yang berlesen dan bebas dimasuki oleh sesiapa sahaja tanpa perlu membayar apa2. Usahkan gambar, video pun terlalu mudah sekarang. Maka pantau lah anak2 dan adik2 anda, kerana dah banyak keluar laman web seakan2 Youtube tetapi isinya semua porno.
Pada search engine seperti Google contohnya, bahagian images juga mesti di tukar setting kepada strict. Jika tidak, apabila kita search images, gambar2 yang porno pun tetap akan keluar dan jumlahnya bukan sedikit. <– iklan sikit ni
Illuminati mahu agar manusia kecanduan, mabuk, khayal. Kalau tak mabuk arak mabuk dadah, kalau tak mabuk dadah mabuk pil khayal, kalau tak mabuk pil khayal mabuk rokok, kalau tak mabuk rokok mabuk hiburan dan sbgnya. Mereka sudah menguasai dunia secara halus dan banyak yang kita tidak tahu dan perasan. Termasuklah Internet yang kita gunakan sekarang ini, mereka cuba memasukkan Spyware ke dalam komputer kita, cuba mencuri dan mengumpul maklumat kita, menggunakan satelit, menggunakan chip2 pada kad pengenalan dan kad bank, menggunakan Verichip yang ditanam di dalam tubuh (negara kita belum ada lagi) dan sebagainya.
Mereka ingin mendirikan kerajaan Lucifer di muka bumi ini. Di mana Lucifer ialah nama Iblis. Lucifer di dalam bahasa Latin ialah Lux-Fero , yang membawa makna ‘pembawa cahaya’. Dari situ lah juga timbulnya nama Illuminati yang bermaksud ‘kumpulan yang membawa sinar’.
Pendek kata serba serbi mereka sudah kuasai. Sedar tidak sedar, kita sendiri pun sudah sedikit sebanyak terkena pengaruh mereka. Semoga kita dilindungi oleh Allah S.w.t dari tipudaya mereka. Jangan lupa amalkan membaca doa elak fitnah Dajjal seperti yang pernah saya beritahu dan dipesan oleh para ustaz dan ustazah. Jangan tunggu Dajjal datang ketuk pintu rumah anda baru nak baca, kerana dia sebenarnya telah lama ada dan pengaruhnya telah sampai ke rumah2 kita melalui radio, televisyen dan sebagainya.
Tetapi waspadalah, kerana ada juga golongan yang cuba mengambil kesempatan yang menuduh Islam dan pertubuhan Islam juga adalah bersekongkol dengan Illuminati. Mungkin ada pihak Illuminati sendiri yang kononnya membongkar rahsia Illuminati, tetapi dalam masa yang sama memburukkan semua agama dan mengatakan semua agama termasuklah Islam adalah dipengaruhi oleh Illuminati. Hati-hati ……. Tapislah maklumat yang anda perolehi terutamanya dari internet ini. Apa yang saya tulis sendiri pun tidak semestinya 100% betul. Ambil pengajaran mana2 yang patut dan buangkan mana yang tidak elok.
InsyaAllah akan bersambung lagi selagi ada hayat. Pembicaraan tentang Illuminati ini tidak akan habis kerana mereka sudah berleluasa dari dulu , kini dan mungkin hingga Nabi Isa a.s turun nanti baru mereka tahu. Baarokallahu lii wa lakum :)

Jumaat, 22 Januari 2010

FILEM HOLLYWOOD DAN KAITANNYA DENGAN ILLUMINATY


DALAM FILEM TERSEBUT,MEREKA TELAH MENYAMPAIKAN MESEJ IAITU LAMBANG MEREKA SEPERTI GAMBAR PIRAMID YANG BENTUKNYA KELIHATAN TIDAK SIAP.SELAIN ITU,PERISTIWA 11 SEPTEMBER JUGA TURUT DIDEDAHKAN OLEH MEREKA DALAM FILEM FILEM HOLLYWOOD SEBELUM TAHUN 2001 IAITU TRAGEDI WTC YANG RUNTUH.TUJUAN MEREKA MENAMPAKKAN LAMBANG-LAMBANG TERSEBUT ADALAH UNTUK MENIMBULKAN KETAKUTAN KEPADA PENONTON DENGAN MENGATAKAN BAHAWA MEREKA MENGUASAI DUNIA.SETELAH ANDA MENONTON VIDEO INI,ANDA AKAN DAPAT MENILAI SENDIRI APAKAH TUJUAN MEREKA YANG SEBENARNYA.

Khamis, 21 Januari 2010

"2012" : Emmerich Lengkapkan "Secret Puzzle" New World Order Illuminati







"2012" : Emmerich Lengkapkan "Secret Puzzle" New World Order Illuminati


Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar 2012 menyesatkan aqidah umat Islam. Kenyataan tegas dari Indonesia (malangnya tidak kedengaran pula dari Malaysia termasuk dari pimpinan ulama gerakan Islam mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan) sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Namun demikian, bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilihat dengan lebih mendalam dan tersirat, bukan sekadar yang tersurat dari filem itu.

Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").

1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?

Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?


Baca juga : "...when The Queen Diana said : “there are powers at work in this country of which we know nothing...”.


2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?

Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.



3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?

Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?

Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?

Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".

4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.

"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey


How could a ship that's made out of metal be sunk by an iceberg?



Rujukan lagi :
www.titanicconspiracy.com
5 persoalan misteri sebelum kejadian Titanic
www.dajjalvideo.blogspot.com/bermudatriangle




5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.

Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?

Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.




New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.

5. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.

"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".

Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?

Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?


Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.

6. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .
Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"

Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).

Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?

Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.

Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!


Semuanya di atas hanyalah hipothesis saya, boleh diterima mahupun ditolak.

Mesej dari 2012 adalah pengumuman siri puzzle seterusnya dari Yahudi pembunuh para anbiya'.

Ramai adik-adik bertanya kepada saya, kenapa Illuminati mendedahkan kewujudannya dalam pelbagai bentuk halus sedangkan mereka sebuah gerakan rahsia yang mahu melakukan kerosakan di dunia ?

Jawapan saya mudah.

1. Dengan berbicara dengan simbol kepada musuh-musuh mereka (baca : umat Islam dan golongan beragama), mereka akan cuba mencipta peperangan secara propaganda menimbul ketakutan atau "fear-factor". Mencipta ketakutan sebelum berperang adalah teknik "mind-control" yang sememangnya dipraktikkan Yahudi sejak dari zaman Nabi S.A.W.

Yahudi sememangnya sebuah bangsa yang dibuktikan sejarah takut berdepan dengan peperangan bersemuka dengan umat Islam. Perang Bar Lev sudah cukup mengajar mereka erti ketakutan pada doa-doa para ulama Islam. Justeru mereka mahu menimbulkan ketakutan kepada umat dengan menonjolkan kewujudan mereka dalam catur-catur yang mereka atur sejak lama dahulu, yang lingkaran mereka sangat luas dan complicated, tetapi kesemuanya menggunakan brand dan pattern (logo) yang sama.

2. Supaya umat Islam terus disibukkan mengkaji kewujudan simbol-simbol mereka sahaja, dalam pelbagai medium, tetapi lalai dari tindakan yang lebih konstruktif untuk menyelamat dan membentengi ummah dari perencanaan jahat 9 "F" mereka (Finance, Food, Film, Fashion, Fun, Fiction, Faith, Friction dan Fitnah), lalai dari usaha keras untuk mengemukakan penyelesaian membina kepada ummah yang sedang disepakterajang oleh mereka atau sedang berada di telunjuk percaturan mereka.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Orang-umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pertempuran besar tersebut telah diisyaratkan Nabi S.A.W akan memihak kepada umat dan tentera Islam. Saya sangat optimis khususnya setelah menatapi "Al-Mubassiyraat bi Intahsaaril Islam" karangan ulama intelektual dunia Islam Syekh Dr Yusuf al-Qaradhawy.

Syaratnya cuma apabila tentera Muhammad telah memenuhi syarat persiapan syariatullah dan sunnatulah (ilmu) sebelum kedatangan Nabi Isa alahissalam dan gerombolan tentera Imam Mahdi, impian membenamkan Yahudi-Iblis, seluruh sistemnya yang well-complicated dan seluruh proksi-proksi 'mata satu' mereka dari terus mencatur sepak terajang bencana kemanusiaan dunia akan direalisasikan.

"...Usaha-usaha menghalang gagasan pengislaman ilmu ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL). Sesungguhnya pembunuhan beliau membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun." - www.ibnuyaacob.com


"Benarlah Ahmad Thomson ketika di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahwa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini –terutama sejak hampir satu abad yang lalu- telah menjadi sebuah Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak ghaibnya sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Kian hari kian nyata bahwa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematis mengalami marginalisasi alias penghapusan.

Sedemikian hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu dekat si oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai sektor kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar secocok dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap sektor kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, militari, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari Dienullah yakni nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment-pun diarahkan untuk menyambut kedatangan Dajjal."
Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS