SUKA BLOG INI?

Isnin, 30 April 2012

EMPAT PERKARA

melayukini.net

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang telah beri peluang kepada aku untuk dapat meneruskan hidup dimuka bumi Allah ini.
Disini aku ingin berkongsi kepada anda semua apa yang saya tahu. Semoga apa yang kita baca dapat kita sampai dan sebarkan kepada rakan-rakan kita.

Ini merupakan adab-adab atau tertib yang ulama telah gariskan kepada para daie semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang fitnah atau salah faham dalam kalangan masyarakat setempat.

Golongan seperti para pendakwah sering disalah ertikan. Sekiranya terdapat sedikit kesalahan yang dilakukan oleh para pendakwah, maka hal tersebut akan terus merebak. Perlu diingatkan bahawa para pendakwah adalah manusia dan tidak maksum.

Jadi, adab-adab ini perlu diamalkan dan dipraktikkan. Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Benda yang baik tidak mudah untuk diikuti dan perlukan pengorbanan.

SEMASA KELUAR (atau tidak) DIJALAN ALLAH KITA KENA:


*Banyakkan 4 Perkara
*Kurangkan 4 Perkara
*Tinggalkan 4 Perkara
*Jangan sentuh sama sekali 4 Perkara.


4 PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN


1-Banyakkan DAKWAH
2-Banyakkan TA'LIM WATTA'LUM (ajar dan mengajar)
3-Banyakkan IBADAT
4-Banyakkan KHIDMAT


*DAKWAH pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

DAKWAH UMUMI
DAKWAH KHUSUSI
DAKWAH INFRADI
DAKWAH IJTIMAI’

DAKWAH UMUMI
-Dakwah dibuat semasa buat ziarah/ghast/Jaulah.
-Dimulakan dengan Bayan Kepentingan Dakwah (biasanya lepas Asar), lepas tu Adab2 Ghast.
-Kemuadian jemaah dibahagikan kepada 2bahagian kecil,satu dalam masjid dan satu lagi luar masjid.

DAKWAH KHUSUSI
-Jemaah kecil biasanya berdua-dua dibentuk untuk jumpa dengan org2 yg khusus/tertentu sahaja. misalnya, sampai di satu tempat ada jemaah2 dibentuk utk berjumpa dgn Ketua kampong, pengerusi masjid dan Imam masjid.
-ada juga yg ditugaskan utk berjumpa dengan ulama,org khawas,pegawai2,org kaya/miskin dan sebagainya.

DAKWAH INFRADI
-dibuat dikalangan ahli jemaah sendiri atau org kampong yg dijumpai samada secara rawak ataupun yg berada di masjid.

DAKWAH IJTIMAI
-dakwah dibuat secara beramai2, iaitu seorang je cakap yang lain dengar. Biasanya dibuat lepas ghast/ziarah yg biasa org sebut BAYAN atau MAJLIS FIKIR IMAN AMAL.


*TA’LIM WATTA’LUM (AJAR DAN MENGAJAR) pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

1.TA’LIM KITABI
- Kitab yg biasa digunakan ialah Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadis.
- Biasanya dibaca 21/2 jam. Paling afdhal 4 jam. Dengar lagi dan lagi hadis2 Nabi utk timbulkan keghairahan utk beramal dan yakin dgn janji Allah (ihtisab) dan lembutkan hati utk beramal.
-Paling afdhol ustaz/ulama yg baca dgn mantan hadis sekali

2.HALQAH TAJWID
- Selepas baca Fadhilat quran dalam Ta’lim kitabi,dibahagikan kepada jemaah kecil utk Halqah tajwid. Biasanya dari Kalimah Syahadah,Al-Fatihah dan sepuluh surah terakhir (al-fiil hingga an-nas)..lebih baik dan lebih afdhal kalau ada ustaz/ulama yg conduct. Sebab tu penting ustaz/ulama pun kena keluar jalan allah utk ajar dan perbetulkan makhraj dan sebutan,lebih2 lagi Al-Fatihah utk org2 yg baru belajar.

3.MUZAKARAH ADAB2
- muzakarah adad2 seharian atau doa2 masnun.
- biasanya Adab MAKAN,MASUK KELUAR TANDAS,MUSAFIR,TIDUR DAN ADAB MASJID.
-kalau ada ustaz/ulama, dioranglah conduct halqah ni, kalau tiada di kalangan jemaah

4.MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT
-gilir2 cakap sifat2 sahabat iaitu HAKIKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULLULAH, SOLAT KHUSU DAN KHUDU, ILMU DAN ZIKIR, IKRAM MUSLIMAIN, IKHLAS NIAT DAN DAKWAH DAN TABLIGH..
-cakap lagi dan lagi supaya sifat2 sahabat ni kita dapat amalkan,bukan setakat hafal

IBADAT pun terbahagi kepada 4 perkara :

BANYAKKAN SOLAT2 SUNAT (SOLAT FARDHU SUDAH SEMESTINYA)
BANYAKKAN BACA QURAN-sekurangnya 2lembar sehari
BANYAKKAN ZIKIR -300pagi dan petang
BANYAKKAN DOA-belajar dan amal doa2 masnun
KHIDMAT terbahagi kepada 4 :

KHIDMAT DIRI SENDIRI- Kalau di rumah kita jadi BIG BOSS,masa keluar ni nak belajar sendiri cuci kain, masak dan sebagainya.

KHIDMAT JEMAAH- Bantu ahli2 dalam jemaah atau bukan ahli jemaah (org kampong)

KHIDMAT AMIR- mudahkan amir buat keputusan dan taat amir

KHIDMAT MASJID- pastikan masjid sentiasa bersih dan kemas sebelum,semasa dan selepas digunakan.



4 PERKARA YG DIKURANGKAN :

Sekiranya 4 perkara di atas diperbanyakkan, secara automatic, 4 perkara ni akan dikurangkan iaitu ;

KURANGKAN CAKAP SIA-SIA
-Bila banyak buat dakwah, percakapan yg sia2 pun dapat dikurangkan.

KURANGKAN MASA MAKAN DAN MINUM
-Bukan tak boleh makan dan minum, masa makan dan minum yg erlu dikurangkan. Kadangkala lepas habis makan sambung pula cerita, kalau dakwah takpe la….

KURANGKAN MASA REHAT DAN TIDUR
-Bila banyak buat dakwah,khususi,khidmat,baca quran,berzikir, sekaligus masa utk rehat dan tidur dpt dikurangkan.

KURANGKAN BERADA DI LUAR MASJID
- Masjid adalah tempat yg Allah paling suka, jadi banyakkan masa dalam masjid kerana ada suasana Malaikat . Apabila seseorang yg buat usaha agama keluar saja dari masjid maka syaitan akan hurung dia sepertimana lalat hurung bangkai. Melainkan ada hal2 tertentu seperti beli barang, khususi,ghast tu lain laaa…


4 PERKARA YG DITINGGALKAN :

JANGAN MENGHARAP PADA MAKHLUK DGN HATI
JANGAN MEMINTA PADA MAKHLUK DGN LISAN
JANGAN MEMINJAM BARANG ORANG TANPA IZIN
JANGAN MEMBAZIR


MENGHARAP PADA MAKHLUK DGN HATI dan MEMINTA DGN LISAN
- masa keluar ni kita nak belajar minta dgn Allah. Apa2 sahaja perkara nak diselesaikan melalui SOLAT DUA RAKAAT dahulu. Memang sukar kadang2 sebab dah ditarbiah dari kecil lagi utk mengharap mahupun meminta dengan makhluk. Allah bagitahu dlm quran (lebih kurang maksud) selesaikan masalah dengan sabar dan solah

MEMINJAM BARANG ORG TANPA IZIN
- perkara ni Nampak remeh,tapi sebenarnya boleh menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan jemaah mahupun penduduk setempat kalau tak dijaga. Misalnya, kita nak ke tandas lepas tu main redah je guna selipar orang. Sekali tuan punya selipar pun nak ke tandas ‘time emergency’ plak tu, haa…kan dah kena sumpah seranah. Sebaiknya tuan punya selipar tu boleh iklan pada ahli jemaah “saya wakaf selipar ni utk digunakan”, ataupun minta izin dgn tuan punya harta habis cerita….yela, syaitan ni akan buat apa saja utk pecah belahkan jemaah. Bila sudah caci-mencaci antara satu sama lain terlepas la dari pandangan rahmat Allah. Macamana nak satukan ummat kalau jemaah sendiri berpecah..?

MEMBAZIR
Membazirkan saudara syaitan. Elakkan mengguna air utk berwudhu atau memasak berlebihan. begitu juga dengan letrik. nanti kalo bil air dan api melambung, jemaah jg yg dipersalahkan.
4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI :

PERKARA2 NI JANGAN SENTUH SAMA SEKALI, LEBIH2 LAGI MASA BAYAN/MAJLIS FIKIR IMAN AMAL…

JANGAN SENTUH MAZHAB KHILAFIAH
JANGAN SENTUH POLITIK DAN ISU SEMASA
JANGAN SENTUH PANGKAT DARJAT KETURUNAN
JANGAN DERMA MENDERMA

MAZHAB KHILAFIAH
-Jangan sentuh pasal mazhab2. Lebih2 lagi kalau dalam jemaah ada rakan2 usaha yg berlainan mazhab. Takut nanti berhujah utk mempertahankan mazhab masing2, akhirnya bergaduh. KECUALI dalam jemaah tu ada USTAZ atau ULAMA, bolehlah kita Tanya,kalau tak,jangan cari penyakit…

POLITIK DAN ISU SEMASA
-HHHAAAAAAAAAAA…..ini sangat-sangat SENSETIF….JANGAN sentuh langsung bab2 politik. Kita nak satukan ummat dalam agama,atas kalimah “Laaillaha illallah,muhammadarrasulullah”. Bukan atas dasar politik. Elakkan pakai baju yg ada unsur2 politik…’UNDILAH DOT..DOT”, nanti jadi fitnah. “ooooooo org tabligh ni sokong parti ni pula…”akhirnya org tak datang ke masjid sebab FIKIR kita bawa fahaman politik yang tak sama dengan diorang.

PANGKAT DARJAT DAN KETURUNAN
-Jangan sentuh pasal perkara ni. Kalau tempat kita keluar berdakwah tu rata2 org sederhana/miskin, ceritakan kelebihan org miskin yg masuk syurga 500thn lebih awal. Kalau kebanyaakan org khawas (berada) ceritakan kelebihan kalau mereka guna hart UTK agama Allah. Allah tidak pandang harta kita banyak mana atau keturunan kita hebat mana, tapi allah pandang iman taqwa kita. KITA SEMUA SAMA…PADA PANDANGAN ALLAH..


MENDERMA ATAU MEMINTA DERMA
-Eh…kenapa pula tak boleh menderma? Kan baik tu menderma?....Hmmmmm…yelah….bukan tak boleh TAK SESUAI kalau masa keluar..KENAPA? Boleh mengundang FITNAH..macamana Pula? Ada kes sebenar, satu jemaah masuk dalam kampong, pasti jemaah ni bagilah derma kepada tabung masjid niat utk ikram imam atau pengerusi masjid. Dorang pun sukalah “bagusnya jemaah ni..”. Lain kali pula, datang jemaah yg serba kekurangan dan tak mampu utk bagi sumbangan pada masjid sebab nak jaga tertib. Pastu pengerusi pun marah,” APALAH JEMAAH NI…KEDEKUT,BAGUS LAGI JEMAAH YG DULU, ADA JUGA HULUR DERMA….”haaaaaaa…kan hampeh…..kalau nak derma boleh, dengan syarat org lain tak tau,derma sembunyi2 tak perlu heboh dengan cek plywood besar. Ataupun mesyuarat kalau nak bagi derma dan terangkan pada imam/Pengerusi masjid. Atau kalau nak sangat derma, tunggu habis masa keluar (wapsi), lepas tu balik semula kat masjid tu dan bagi derma….
 

*KEPADA UMAT ISLAM YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN PULAU PINANG, SATU ISTIMA' AKAN DIADAKAN DI MASJID DAERAH BALIK PULAU PADA 25, 26, 27 MEI INI.insya Allah.
P/S: jadilah kamu seperti anak kecil bila meminta dengan Allah.. Bermanja lah kamu dengan Allah.Sakit, susah,sakit perut, gembira,geram,tiada duit,minta lah pada Allah. Allah Maha Berkuasa. Allah menyukai kepada orang yang meminta kepadaNya.
http://syukri-abdullah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS