SUKA BLOG INI?

Isnin, 9 April 2012

HAK JIRAN TETANGGA


TANBIHUL GHAFILIN-PERINGATAN BAGI YANG LUPA
HAK JIRAN TETANGGA
Ibn Abbas r.a berkata :
Tiga macam akhlak yang berlaku di masa Jahiliyyah dan dianjurkan supaya tetap ada pada kaum Muslimimin :
1.     Jika kedatangan tetamu, bersungguh-sungguh menghormat dan menjamunya.
2.     Jika mempunyai isteri dan telah tua, tidak menceraikan agar jangan sampai tersia-sia.
3.     Jika jirannya mendapat kesukaran, maka ia berusaha untuk meringankannya meskipun dengan membayarkan hutangnya.


Anas bin Malik r.a berkata :
     
      Nabi S.A.W bersabda : Pada hari kiamat kelak seorang jiran memengang jirannya dan berkata : Ya Tuhan, Engkau luaskan rezeki saudaraku ini dan menyempitkan rezekiku, sehingga saya lapar pada waktu siang hari dan ia kenyang, maka tanyakan kepadanya mengapa ia menutup pintunya dan mengharamkan aku dari apa yang telah diluaskan baginya.

Sufyan at-Tsauri berkata:

Sepuluh perkara daripada kekejaman:

1.     Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukminin.
2.     Seseorang yang pandai membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3.     Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4.     Seorang yang berjalan melalui perkuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5.     Seorang yang sampai disuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahang Jumaat.
6.      Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa kepadanya.
7.      Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak saling bertanyakan nama kawannya itu.
8.     Seorang dijemput pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9.     Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10.  Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahwa jirannya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.


Abul Laits as-Samarqandi berkata:

Kesempurnaan baik kepada jiran dalam empat perkara:

1.     Membantu dengan apa yang ada padanya.
2.     Tidak menginginkan kepunyaan jirannya.
3.     Tidak menganggu kepadanya.
4.     Sabar atas gangguan jirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS