SUKA BLOG INI?

Ahad, 25 Julai 2010

BUANG BAYI

Assalamualaikum wbt

Topik perbualan hari ini, inshaALLAH ade kaitannya dengan status ana sendiri di Facebook perihal suatu topik yang dikupas secara menarik nya menerusi Halaqah Sentuhan Qalbu di tv9 yang berjudul Macam Mainan


Ana cukup tertarik dengan kupasan yang diberikan pada malam semalam, ia mampu meruntunkan jiwa-jiwa manusia yang mungkin selama ini hanya bisa menuding jari kepada orang lain tanpa menyedari hakikat sebenar bahawa diri sendiri merupakan antara penyebab gejala ini semakin berleluasa di dunia kita kini.

Di sepanjang era pemerintahan kerajaan yang lebih berbaur sekularisme di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya ini, statistik menyaksikan peningkatan secara mendadak dalam kes sosial yang melibatkan golongan muda-mudi di tanah air kita ini. Sehingga kini, kelihatan mereka lebih berani untuk mengambil langkah yang kejam sehinggakan makin banyak kes buang bayi dilaporkan di dada-dada akhbar kebelakangan ini. Bukanlah niat ana untuk memperbesar-besarkan isu sebegini, namun sebagai seorang individu Islam, seharusnya kita berasa malu melihatkan majoriti yang terlibat dalam kes buang bayi serta ada yang sanggup memperdagang darah daging sendiri ini terdiri daripada orang yang beragama Islam sendiri.

Jika pada suatu ketika dahulu, ketika pada zaman pemerintahan Firaun, bayi-bayi lelaki ditanam hidup-hidup manakala jika disorot kembali pada suatu ketika di zaman jahiliyah, masyarakatnya menanam hidup-hidup anak perempuan kerana dipercayai bakal mengaibkan ahli keluarganya kelak. Jika perbuatan ini pada suatu ketika dahulu pernah dihina dan dikutuk oleh Islam dengan sehina-hinanya, apakah status yang mampu diberikan kepada mereka yang tidak segan-silu membunuh anak-anak mereka yang masih merah dan masih belum mengenal apa-apa erti di dunia ini; baharu sahaja matanya dibuka untuk mengenal dunia yang fana ini, lantas dilemparkannya di dalam longkang, di-pamkannya ke dalam mangkuk tandas, dibunuhnya secara kejam, dibiarkan oleh ibunya jasad yang masih suci daripada sebarang dosa itu digigit semut-semut api yang bisanya teramat sakit bagi si bayi tersebut. Nauzubillah
Ya ALLAH pernahkah kita meletakkan diri kita di tempat si bayi? Kenapa kita hukum si bayi atas kesalahan ibu dan ayahnya sendiri? Kenapa perlu kita hukum seorang yang ALLAH Muliakan serta Perlihara ia daripada sebarang kotoran dan dosa? Lupakah kita perihal firman ALLAH menerusi al-Quran yakni, setiap jasad tidak akan memikul dosa (yang diwarisi) oleh orang lain. Bayi itu tidak bersalah sedikitpun atas kesalahan yang diperlaku oleh ibu ataupun ayahnya; oleh itu kenapa pula kita sesuka hati ingin menamatkan riwayat seseorang itu sedangkan ALLAH telah Memberikannya peluang untuk hidup. Bukankah kesemua itu adalah rancangan ALLAH serta salah satu ujian bagi si ibu mahupun si ayah, untuk menguji mereka, ALLAH hanya ingin memberikan mereka peluang untuk berbuat baik, untuk menebus kesalahan mereka sendiri. Bayi yang ALLAH Kurniakan itu tidak sedikitpun mewarisi dosa dan kelakuan buruk si ibu/ayahnya, malah mudah-mudahan setelah dikurniakan si bayi yang elok rupanya, manis senyumannya itu dapat membuka lembaran baru kepada si ibu/bapa jika mereka insaf dan memahami.. Wallahua'alam. ALLAH banyak caranya untuk membantu kita kembali ke jalan Nya yang sebenar, kadangkala ia melalui suatu jalan yang dirasakan sangat mustahil bagi kita. Kerap kali kita merasakan ALLAH tidak sayang pada kita apabila ALLAH Menimpakan kita ujian-ujian serta sesuatu yang tidak kita senangi sedangkan bagi orang-orang yang bersyukur, ketahuilah setiap apa yang ALLAH Kurniakan itu tiada buruknya melainkan di mata kita semata-mata, kerana mata kita tidak mampu melihat apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Mungkin permulaannya agak rumit dan berliku-liku, namun inshaALLAH penyudahnya dapat memberikan senyuman di wajah kita apabila bersua muka dengan Nya kelak. InshaALLAH

"No soul bears the sins of another soul. Every human being is responsible for his own works"

[Surah al-Najm : 38-39]


Lihatlah angka yang diperoleh berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa mulai tahun 2000 sehingga Julai 2008. Dalam tempoh kurang daripada 8tahun, ratusan ribu anak luar nikah didaftarkan di JPN sedangkan masih ramai lagi yang mati dibunuh sebelum sempat didaftarkan secara rasmi di JPN. Nauzubillah. Adakah ini suatu bencana yang ALLAH Timpakan kepada kita semua selaku '1 Malaysia' yang sentiasa bersikap sekularisme, pick-n-choose sebahagian perkara yang dirasakan relevan dengan kehidupan seharian serta meninggalkan perkara lain yang dirasakan kurang relevan dengan hidup sehari-hari ini. Astaghfighullah al-azim..
Majoriti anak haram ini adalah anak-anak daripada pasangan yang beragama Islam sendiri; sehinggakan purata anak luar nikah setiap hari di Malaysia kini mencecah angka melebihi 50 orang bayi luar nikah setiap hari. Nauzubillah.. Adakah anak-anak inilah yang akan memegang tanggungjawab untuk memacu kemajuan negara kelak? Yang lebih membimbangkan adakah anak-anak inilah yang bakal berjuang untuk memartabatkan Islam di mata dunia kelak? Ya ALLAH...
Namun, sudah terlewat kiranya untuk mencipta pelbagai komen-komen negatif kepada mereka yang telah terlanjur, namun hakikatnya sekarang apa yang terpenting adalah untuk mengubah masa kini dan masa yang akan datang kerana ia nya jauh lebih penting berbanding masa lampau yang sudah tidak mampu diubah lagi. Ia akan kekal sebagai suatu kenangan dalam coretan hidup kita, namun apalah salahnya jika kita berusaha mengubah diri ini serta masyarakat pada penggal masa sekarang dan akan datang.
Bagi pasangan yang kini sedang dilamun cinta, ketahuilah bahana cinta kerana syaitan akan sentiasa menghampiri dan menjadi teman setiamu dalam keadaan sedar ataupun tidak, itu adalah pasti kerana syaitan tidak akan berhenti merosakkan anak cucu Adam a.s sehinggakan kesemuanya punah rosak akibat bahana mereka.
Nauzubillah...



Sepertimana yang diutarakan menerusi HSQ semalam, bagi ibu bapa yang anak-anaknya sedang meniti usia kanak-kanak kini, sudah perlu diletakkan dalam kotak fikiran masing-masing mengenai kepentingan untuk menjaga mentaliti anak-anak itu. Usahlah kita dera mereka secara fizikal mahupun mental kerana yakinlah bahawa sekali anak-anak didera mentalnya, mereka akan terus merasakan kesakitannya sekiranya tidak cepat-cepat dirawati. Oleh sebab itulah, anak-anak tersebut akan membesar dengan perasaan yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya lantas membesar sebagai satu kelompok yang dahagakan kasih sayang sehinggakan ia akan mudah tewas dalam arus dunia yang berajakan hawa nafsu semata-mata ini.

Teringat kembali pada entri yang sebelum ini dan perkongsian oleh akhi Hilal Ashraf, fenomena ini jelas terjadi berpunca apabila yang suci tidak dipelihara sebaliknya yang haram dihina-hina. Kita manusia era kini lebih mudah dan suka untuk menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri masih banyak lompong-lompong yang belum kita penuhi.

Akibatnya, diri mulai menjadikan hawa nafsu sebagai raja yang bermaharajalela menguasai diri, bertakhtakan syaitan yang sedang enak menampakkan keindahan cinta yang terlarang itu, mengagung-agungkan kehidupan duniawi yang fana ini, nauzubillah. Ingatlah sentiasa akan nasihat Saidina Ali r.a sekiranya yang hak itu tidak kita susun secara berstrategi maka ia akan berjaya ditewaskan oleh kebatilan yang tersusun. Ingatlah juga syaitan sepertimana musuh Islam yang lain sentiasa merancang untuk menjatuhkan umat Islam serta menyesatkannya dalam keadaan tersurat mahupun tersirat. Kerapkali umat Islam terpedaya akan mainan licik syaitan ini lantas menjadikan mereka sebagai panduan hidup pula.. Apabila syaitan menguasai diri pada masa yang sama jiwanya itu masih mendambakan kasih sayang daripada seorang insan yang bergelar kekasih, nescaya bakal dilupakanlah ia akan larangan ALLAH untuk menjauhi zina itu; sebaliknya akan dirasakan pula zina itu adalah suatu yang mulia di sisinya kerana ia mampu mengisi ruang-ruang kosong dalam jiwanya.

Namun, sebagai seorang Islam, kita perlu sentiasa bersikap toleransi antara satu sama lain, usah letakkan kesemua kesalahan pada bahu ibu bapa ataupun pada sahabat-sahabat, Mungkinkah kita yang bersalah menyebabkan diri kita merasakan jiwa kita itu kosong? Mungkinkah masih banyak hak-hak yang belum kita tunaikan sebagai seorang anak, kakak/abang, adik ataupun seorang sahabat?
Jika ingin melihat siapa yang bersalah pada hari ini, pandangan peribadi, lebih baik kita membaiki apa yang ada sekarang yang dapat membentuk masa depan kita kelak; kerana masa sekarang dan akan datang lebih bernilai berbanding masa lampau. Sekiranya benarlah kita ingin memikul tanggungjawab tersebut, ubahlah diri sendiri walau siapapun anda, samada kita adalah seorang ibu, seorang anak, seorang bapa, seorang sahabat, ataupun seorang pemimpin, tiap-tiap satu daripadanya ada tanggungjawab masing-masing yang perlu kita penuhi
Wallahua'lam
Sekadar pandangan peribadi hamba Nya yang masih meniti jalan
mengenal ALLAH yang Maha Esa

Gejala membuang dan membunuh bayi ini merupakan suatu simptom.Allah SWT sudah pun menceritakan dua bentuk pembunuhan, yang disandingkan bersama dosa induk yang menjadi puncanya.

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar”

[al-Israa' 17: 31]

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)”

[Al-Israa' 17: 33]

Kedua-dua ayat di atas jelas mengingatkan kita semua mengenai betapa besarnya hukuman ke atas perbuatan membunuh sehinggakan ALLAH telah menjelaskan ia dengan agak terperinci menerusi al-Quran. ALLAH tidak akan berfirman sesuatu perkara yang dianggap remeh-temeh menerusi al-Quran, bahkan kesemua Kalam Nya menerusi al-Quran adalah perkara-perkara penting yang telah di-highlight-kan oleh Nya supaya kita mengerti. Ketahuilah betapa mulianya nyawa manusia di sisi Allah. Betapa merbahayanya kehidupan manusia apabila pembunuhan mengalami proses normalisasi. Namun dua ayat yang bercakap tentang pembunuhan sama ada kerana tekanan sosial atau akibat konflik besar yang berlaku antara manusia, kedua-duanya mengapit sepotong ayat yang amat berkait rapat dengan pembunuhan.

Firman Allah di dalam surah yang sama, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32:

“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)”

[al-Israa' 17: 32]



Ya, kedua-dua ayat yakni ayat ke-31 dan 33 mengiringi ayat 32 yang berupa larangan Allah terhadap kita mendekati zina.

Itulah perbuatan yang keji.

Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan manusia.

Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu.

Namun pintu zina kembali terbuka.

Dalam segala kemudahan yang diusahakan untuk manusia bergaul sesama mereka secara halal, yang HARAM itu juga menjadi pilihan.

Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.

ZINA bukan kesudahannya.

ZINA adalah permulaannya.

Bermulanya siri pembunuhan kejam. Berlaku saban hari. Zina dan pembunuhan mengalami normalisasi. Tidak pernah terbayang oleh pembuang bayi itu bahawa bayi itu mungkin dirinya 20 tahun yang lalu. Tidak…


Refer to : Blog Ustaz Hasrizal untuk keterangan lanjut.. Click link ini :)


Bagi yang masih ada keinginan untuk membunuh bayi anda sekiranya anda telah terlanjur, bayangkan bayi yang ingin dibuang itu adalah diri anda sendiri, ketika kita semua masih bayi, bagaimanakah gambarannya jika ketika itu, ibu bapa kita memilih untuk tidak memelihara kita dan membuang kita hidup-hidup ataupun sebaliknya dibunuh dengan kejam sekali.

Gambarkan sekiranya bayi tersebut berupaya untuk berbicara dan bercakap kepada ibu bapanya, apakah yang akan diucapkannya kepada mereka?

Ana terusik mendengarkan kata-kata ini menerusi HSQ pada malam semalam..

"Wahai ibu, wahai ayahku, kenapa engkau buang kami? kenapa engkau buang kami sedangkan kami adalah anak anugerah dari ALLAH"

Jika dahulu ibu sanggup melakukan apa pun untuk membuktikan cinta ibu kepada ayah, kenapa hari ini bukti cinta ibu dan ayah ini, dilontarkan lebih hina daripada sampah? Di manakah letaknya bukti cinta ibu dahulu itu? Kenapa ibu buang kami sedangkan ibu yang memilih jalan ini? Kami hanyalah suatu rahmat kurniaan Ilahi, dan pada kami tidak sedikitpun tercalit dosa-dosa yang telah ibu lakukan dahulu..Ibu, usahlah engkau perlakukan sebegini, sungguh kami akan menyayangimu kelak ibu..


Subhanallah..Sangat pedih rasanya apabila digigit oleh semut api ketika ajal sedang menjemput dalam keadaan yang penuh hina itu, sedangkan dirinya ALLAH telah muliakan dan pelihara daripada sebarang dosa dan kekotoran. Bagi ana sendiri, seringkali ana menyatakan kepada ahli keluarga, apabila melintasi jalan raya yang banyak kereta lalu-lalang, ana akan berkata "takutnya nak melintas, kalau dah sampai ajal, kalau betul ditakdirkan untuk mati, tak naklah mati dalam keadaan dilanggar dan mati dalam keadaan hina sebegini"

Jika mati dilanggar kereta pun ana tak nak, apatah lagi mati dalam keadaan dihina-hina sebegitu, mati dalam keadaan di-flush dalam mangkuk tandas, mati dalam keadaan digigit semut api, mati dalam keadaan busuk sampah sarap

Nauzubillah



Sentiasalah meletakkan diri kita sendiri di tempat yang hina sebegitu sebelum kita merancang untuk melakukannya kepada manusia lain yang tidak bersalah, apatah lagi kepada bayi yang nyata-nyata tidak bersalah itu.


Wallahua'alam


Source: http://syairahshamri.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS