SUKA BLOG INI?

Rabu, 30 Mei 2012

WANITA TERHEBAT

"Jadikan ia sebagai Profile Picture di FB anda"


Siapa tahu siapa wanita yang terhebat di dunia ini?
                       
awek??
kawan satu kelas??
jiran sekampung??
cikgu tadika??




jawapan diatas salah...


wanita yang terhebat didunia ialah ibu kita..pelbagai gelaran yang merujuk kepada perkataan ibu termasuklah ummi,amma,emak,encik (kat perak),mama,mami dan sebagainya..


mengapa terhebat??
kerna mereka memberikan pada anak-anak dengan penuh dengan kasih sayang...
I LOVE U MOM!!!
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.



Lihat...betapa mulianya kedudukan ibu-bapa..beruntunglah wahai wanita-wanita yang menjadi ibu atau yang sedang atau bakal menjadi ibu..
Seorang ibu yang menyelamatkan anaknya daripada dilanggar-kasih ibu


 Nabi SAW bersabda: 
"Sesungguhnya bau surga itu diperolehi dengan perjalanan sejauh lima ratus tahun. Bau itu tidak akan diperolehi oleh orang yang mendurhakai ibu bapanya dan orang yang memutuskan silaturahim"- (riwayat At-Tabarani dari Abu Hurairah – sanad dhaif).
Subhanallah..sayangnya ibu

Tahukah anda semua..bahawa semua dosa-dosa yang manusia lakukan didunia ini akan Allah tangguhkan pembalasannya hingga hari kiamat melainkan dosa derhaka kepada ibu-bapa.Didunia lagi Allah membalas perbuatan derhaka terhadap orang tua..Nauzubillah...

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita. Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya. Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Semasa mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.
"Aish..teringat zaman bebudak macam ni.."

Ya Allah..besarnya nikmat taat kepada ibu-bapa...
Aku ada sedikit kisah mengenai seorang ibu kepada kawan aku..ibunya sanggup datang dari Johor ke Penang semata-mata mahu menolong anaknya membawa barang yang banyak untuk dibawa pulang..maklumlah dah final year...terharu sangat aku..beruntung la sahabat aku..ibunya terlalu sayangkan anaknya..semoga ibunya mendapat kesejahteraan didunia dan akhirat..dan untuk anaknya semoga anda tetap bersyukur mempunyai ibu yang terlalu sayangkan anda..semoga anda menjadi anak yang solehah,sahabat..

p/s:“Berbuat kebajikan kepada kedua ibu bapa lebih baik utama daripada solat, puasa, haji, umrah dan jihad fisabilillah.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS