TANBIHUL GHAFILIN-PERINGATAN BAGI
YANG LUPA
HAK
JIRAN TETANGGA
Ibn Abbas r.a berkata :
Tiga
macam akhlak yang berlaku di masa Jahiliyyah dan dianjurkan supaya tetap ada
pada kaum Muslimimin :
1. Jika kedatangan tetamu,
bersungguh-sungguh menghormat dan menjamunya.
2. Jika mempunyai isteri dan telah tua,
tidak menceraikan agar jangan sampai tersia-sia.
3. Jika jirannya mendapat kesukaran,
maka ia berusaha untuk meringankannya meskipun dengan membayarkan hutangnya.
Anas
bin Malik r.a berkata :
“Nabi S.A.W bersabda : Pada hari kiamat kelak
seorang jiran memengang jirannya dan berkata : Ya Tuhan, Engkau luaskan rezeki
saudaraku ini dan menyempitkan rezekiku, sehingga saya lapar pada waktu siang
hari dan ia kenyang, maka tanyakan kepadanya mengapa ia menutup pintunya dan
mengharamkan aku dari apa yang telah diluaskan baginya.
Sufyan
at-Tsauri berkata:
Sepuluh perkara
daripada kekejaman:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya
sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukminin.
2. Seseorang yang pandai membaca
al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar
dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui
perkuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai disuatu kota pada
hari Jumaat kemudian tidak sembahang Jumaat.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh
seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa kepadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan
masing-masing tidak saling bertanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang dijemput pada jamuan
tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak
mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang
yang kenyang sedang dia tahu bahwa jirannya lapar, tetapi tidak diberi dari
makanannya itu.
Abul
Laits as-Samarqandi berkata:
Kesempurnaan baik
kepada jiran dalam empat perkara:
1. Membantu dengan apa yang ada padanya.
2. Tidak menginginkan kepunyaan
jirannya.
3. Tidak menganggu kepadanya.
4. Sabar atas gangguan jirannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.