SUKA BLOG INI?

Khamis, 19 April 2012

Benar aku sangat mencintaimu


KEKASIHKU …

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata-mata kerana cintaku padamu. Sakitku ini kerana aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan di redhoi oleh Allah SWT. Inilah yang aku damba. Dan aku ingin mendambakan yang sama. Bukan sebuah cinta yang mengheret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.

Kekasihku …

Kedua tawaranmu itu tak ada yang ku terima. Aku ingin mengubati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari syurga. Bukan air timah dari neraka. Kekasihku :

inni akhaafu in ‘ahaitu Rabbi adzaaba yaumin ‘adhim! “

sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar jika aku derhaka kepada Rabb-ku ( Az-zumar : 13 )



Kekasihku …

Jika kita terus bertaqwa, Allah akan memberikan jalan keluar. Tidak ada yang boleh aku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmannya.

            Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik dan lelaki yang tidak baik untuk wanita-wanita yang tidak baik dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Mereka ( yang dituduh ) itu bersih dari apa yang dituduh oleh mereka. Bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia iaitu syurga.

            Kerana aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik, maka aku akan berusaha berada dalam kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang menentukan.

                                                             Kekasihku …

           
Bersama surat ini aku sertakan serbanku, semoga dapat jadi pelipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah SWT kita serahkan hidup dan mati kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS