Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:
- Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.
- Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis, dan jika tidak didapati dengan air.
- Membaca do'a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
- Makan sahur
- Menta'khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai masa yang disyak naik fajar.
- Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.
- Membanyakkan bersedekah dan ibadah seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir.
- I'tikaf.
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
o Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
o Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
o Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
o Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
o Kedatangan haid atau nifas.
o Gila sekalipun hanya sekejap masa.
o Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
o Bersalin.
o Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Puasa tidak akan terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
§ Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya selalu berdarah.
§ Bersuntik.
§ Termasuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.
§ Termasuk lalat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
§ Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung dengan tidak bersangatan.
§ Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi batal puasa jika mandi bersejuk-sejuk dan bersukaria.
Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa adalah:
§ Menggosok gigi selepas gelincir matahari.
§ Merasa makanan-takut sampai ke rongga.
§ Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
§ Mencium atau mengkucup isteri.
§ Banyak berkumur-kumur.
§ Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
· Jangan banyak berludah.
· Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah.
· Menghindar diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
· Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
· Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut dan kotor.
· Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat.
· Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka.
· Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
· Jangan banyak tidur, terutamanya pada siang hari.
PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN BERBUKA |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.