SUKA BLOG INI?

Isnin, 27 September 2010

Salaaaam alaikum w.b.t……. Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Rujukan :

1 – Dialog dengan jin muslim – Muhammad Isa Dawud.

2 – Wikipedia

3 - http://hikmatun.wordpress.com

KENALI SIMBOL COAT OF VATICAN DAN KAITANNYA DENGAN ILLUMINATY

Perhatikan kesamaan konsep yang ada dalam simbol / logo Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati yang lain, iaitu adanya persilangan yang membentuk palang dan beberapa simbol lain yang mempunyai makna yang tersendiri. Sebagai renungan bersama bahawa Vatican City sememangnya banyak dipengaruhi oleh Illuminati.
Coat of Vatican
.
Logo Skull and Bones

“Tanda yang Constantine (Konstantin) maksudkan itu bukan sebuah salib Kristian, tetapi semacam ‘X’ … Dalam sihir moden, itu adalah tanda pembunuhan dan kebangkitan dewa Mesir, Osiris (versi lain ‘pembunuhan dan kebangkitan’ Hiram Abif). Sekali lagi, Masonry telah menurunkan martabat Yesus dan diganti dengan ‘christ’ / ‘kristus’ mereka sendiri. ” (Dr. Cathy Burns, “Masonic and Occult Symbols Illustrated”, P. 350)

“X” dalam Freemason moden bermakna ANTIKRISTUS

Untuk huruf Greek “X” dan anda akan mendapati bahawa nilai numerik adalah “600″. Dengan demikian, “X” di mana terletaknya tengkorak manusia dalam logo Skull & Bones sama dengan “600″.

Tapi, sekarang di mana kita dapat menemui “66″ untuk memberikan keseluruhan “Nombor Magical” itu setara dengan angka “666″? Untuk mendapatkan pemahaman yang tepat, kita perlu menghitung jumlah “322″ dengan cara okultis (pengamal ajaran rahsia) biasanya menghitung.

Ketika anda mendarabkan “3×2″, anda tentu mendapatkan “6″. Kemudian, ketika anda mendarabkan “6″ pada angka ketiga iaitu “2″, anda akan mendapatkan “12″. Untuk okultis, nombor “12″ yang lebih ofensif menyembunyikan nombor “66″, kerana “6 + 6 = 12″. Perhitungan daripada nombor “322″ akan terlihat seperti ini:
“3×2 = 6; 6×2 = 12; sejak” 12 “dianggap” 6 + 6 “, sebuah okultis akan mengerti ” 322 ” untuk memiliki nilai numerik” 66 “.

Demikian, dengan menambah “600″ nilai “X” ke “66″ nilai “322″, anda akan mendapati jumlah nilai numerik “666″.

Oleh kerana itu, simbol Skull & Bones sama dengan “ANTIKRISTUS” dalam dua cara:

1. Huruf “X” dengan sendirinya adalah lambang ANTIKRISTUS.

2. Total nilai numerik “Simbol Magica” daripada Skull & Bones simbol sama dengan “666″, simbol Bibel ANTIKRISTUS (Wahyu 13:18)

Logo Freemason

Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.

Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan.
Simbol ini juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu.
.

Logo swastika NAZI

Swastika adalah simbol MATAHARI kepada ajaran penyembah-penyembah berhala kuno, lebih 3,000 tahun lalu. Dan mula dikenali di Greek / Yunani sejak 1,000 tahun SM.

Perkataan Swastika itu berasal dari perkataan Sanskrit iaitu svastika, kerana dalam bahasa Sanskrit tiada huruf w. Maksudnya ialah “Hidup itu baik!” “Ada nilai” “Ada makna!”.

Simbol Swastika juga digunakan dalam Hindu dan macam-macam lagi.

Bendera Israel
.
Kesemua logo di atas diibaratkan seperti MATAHARI dan pancaran sinarnya. Dan macam-macam logo lagi …….

Konsep simbol-simbol di atas adalah palang secara bersilang dan membentuk seperti huruf X. Simbol palang bersilang juga digunakan dalam simbol-simbol lain seperti contohnya ‘Ankh’ dan lambang ‘Salib’.
.
.
Ankh

Ankh (‘Kunci kehidupan’, ‘Kunci Nil’) adalah watak hiroglifik Mesir yang membawa maksud “hidup yang kekal”, sebuah tanda triliteral konsonan ˁ-n-h . Dewa Mesir seringkali digambarkan membawanya dengan gelung, atau membawa satu pada setiap tangan, dengan lengan terlipat di dada mereka.
Salib-salib biasa
.
.
The Maltese cross

Maltese cross diperkenalkan ke Malta oleh Knights of St John dari Baitulmuqaddis, dan secara rasmi ditubuhkan oleh Knights Hospitallers of St. John. Salib yang sebenar adalah sebuah simbol dari Warrior Kristian yang asal-usulnya kembali ke Perang Salib. 8 mata pada salib menyatakan kewajipan 8 / aspirasi dari knights / kesatria.

Celtic cross

Celtic-cross digunakan secara menyeluruh pada simbol Kristian tetapi sejarah simbol ini melampaui sebelum tarikh kewujudan Kristian itu sendiri. Keempat tangan dalam menandakan salib iaitu empat elemen bumi, air, udara dan api; empat arah timur barat utara selatan dan empat bahagian penting daripada tubuh, minda, hati dan jiwa manusia.

Teori lain seperti yang dinyatakan oleh raja Rom, Constantine, boleh jadi bahawa Celtic-cross itu adalah hasil dari simbol Chi Rho; di mana Chi dan Rho adalah mewakilkan Christ / Kristus dalam Bahasa Greek. Apabila Chi dan Rho ini dihubungkan maka hasilnya serupa dengan Celtic-cross.

Cincin di Salib Celtic / Celtic cross ini boleh menjadi perwakilan dari Halo Kristus atau bahkan sebuah perwakilan tuhan matahari atau bulan mereka, yang digunakan oleh orang-orang Rom kemudiannya.

Dan macam-macam ‘Cross’ lagi …….

Sumber

1 – Cutting Edge Ministries
2 – Wikipedia
3 - http://ezinearticles.com/?expert=Roy_T_Revill

.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS