SUKA BLOG INI?

Ahad, 25 Julai 2010

CROCS


Kebelakangan ni isu logo produk alas kaki berjenama, Crocs (tm) yang menyerupai kalimah Allah menjadi semakin hangat setelah komen ringkas daripada seorang ustaz merangkap pemilik laman saifulislam.com mengatakan perkara ini hanyalah sebagai andaian kita dan logo ini hanya secara kebetulan. Ada yang menyokong pendapat tersebut dan ada pula yang sebaliknya.

Adakah ini perancangan musuh Allah dalam mengotori kalimah suci ini? Allahua'lam.

Apa itu Crocs?
Bagi yang tidak mengenali produk ini, jenama Crocs sudah menjadi salah satu alas kaki yang popular kerana ciri-cirinya yang selesa, mudah dipakai dan memberi perlindungan kepada kaki melebihi selipar jepun (ada sesetengah yang panggil dengan gelaran selipar jamb@n) atau nama modennya, flip-flop. Dengan kata lainnya, Crocs juga boleh dianggap sebagai selipar jepun/selipar jamb@n era moden.



Keraguan.
Seperti yang telah saya nyatakan pada awal tadi, logo Crocs menjadi hangat kerana menyerupai kalimah Allah. Saya yakin disebabkan perkara ini ada berlaku perselisihan faham dalam kalangan kita tak kira dimanapun kita berada kerana sebahagian daripada kita ada yang memakainya dan ada yang tidak. Dalam isu ini terdapat dua keraguan yang muncul ; 1) logo Crocs yang menyerupai kalimah Allah dan 2) Crocs secara keseluruhannya adalah salah satu taktik Yahudi dan Nasrani dalam menyumbangkan duit kepada pembunuhan umat Islam serata dunia.

Dalam isu pertama, hanya logo Crocs (bukan pada keseluruhan alas kaki tersebut)yang menjadi tanda tanya sama ada logo tersebut termasuk dalam rancangan Yahudi dan Nasrani dalam menghina Allah yang maha Mengetahui itu benar atau tidak. Hal ini tidaklah dapat kami pastikan secara mutlak. Kita sebagai umat Islam dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan segala jenis keraguan yang hadir. Timbulnya keraguan pada logo itu telah membuatkan perlunya kita untuk menghilangkan logo tersebut daripada alas kaki kita.

Crocs sebagai penyumbang kewangan kepada pembunuhan umat Islam sedunia juga adalah satu keraguan kerana masih belum terdapat bukti kukuh diketengahkan. Keraguan muncul pada hasil keuntungan mereka dan bukan pada produk mereka. Apa yang ingin ditekankan disini adalah anda masih boleh memakainya kerana jika hal ini adalah benar, anda telahpun melakukannya dibawah pengetahuan anda dan perkara ini tidak salah dan tidak boleh diulangi semula. Bermakna jika anda memilikinya, anda berhak memakainya selagi logo yang menjadi keraguan itu tidak terdapat padanya (logo telah dikikis). Jika anda tidak memilikinya, anda perlulah mengelakkan diri daripada membeli bagi mengelakkan anda membayar harga bunuh diri anda sendiri. Namun diingatkan sekali lagi, perkara ini masih menjadi keraguan kerana masih belum terdapat sebarang bukti kukuh padanya.

Umat Islam mesti mengelakkan diri daripada keraguan kerana daripada satu keraguan, muncul pula keraguan pada perkara lain. Dalam hal ini contohnya, seandainya telah terbukti benar mereka menyumbangkan hasil keuntungan kepada operasi pembunuhan umat Islam sedunia, kita perlulah mengelakkan diri daripada membelinya. Mereka yang telah lama membelinya pada pendapat saya boleh meneruskan pemakaian alas kaki tersebut namun diragui pemakaian tersebut menjadi iklan penarik minat untuk orang lain pula membelinya. Maka jika terbukti perkara ini benar kelak, elakkanlah daripada memakai sebarang jenis alas kaki yang sama bentuk dengannya sama ada asli, cetak rompak mahupun hanya pada bentuk (tiada sebarang logo tersebut padanya) kerana boleh menarik minat orang lain dalam memiliki yang produk Crocs yang asli.

Allahua'lam. Ini hanya pandangan seorang anak muda yang belum mencecah umur puluhan tahun. Sebarang kesilapan harap ditegur dan dibetulkan. Harap anda dapat fahami mesej yang ingin disampaikan saya melalui penulisan ini sebelum memberi sebarang komen mengenainya. Dan diharapkan juga penulisan saya tidaklah terlalu memutarbelitkan pemikiran anda untuk memahaminya. :)

KONSPIRASI PIALA DUNIA

Konspirasi World Cup 2010

http://ibnuyaacob.com

wmc

Salamua’laik,

Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.

Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.

Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.

Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.

Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.

Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..

[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]

Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.

Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersamaSoweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.

Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!

[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]

Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api.

Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paulmenyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannyaPauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.

Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS