SUKA BLOG INI?

Selasa, 12 Februari 2013

TUDUH BERZINA





”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)

Aku nak ceritakan sedikit mengenai hukum “QAZAF”
Korang semua tahu apa itu QAZAF??
Meh sini aku bagi keterangan mengenai hal ni..

“Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain  yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.Jika sekiranya ia hanya menuduh seseorang lain mencuri, minum arak, murtad, termasuk juga mencaci yang boleh menjatuhkan maruah maka ia hanya di kenakan hukuman ta'zir.”
Jadi nak lebih faham,,QAZAF ialah menuduh orang berzina..
Ha…semua dah faham?

Okey..Jadi aku copy and paste je info ni dari laman web JAIS..
SYARAT PENUDUH DAN YANG DITUDUH
Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:
1.     Berakal
2.     Baligh
3.     Kemahuan sendiri
4.     Tahu qazaf itu haram
5.     Bukan ibubapa atau datuk dan ke atas kepada penuduh.
Manakala orang yang dituduh itu pula mesti juga  mempunyai syarat sebagaimana berikut:
1.     Dikenalpasti orangnya.
2.     Seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya  dari sebarang kejahatan.
HUKUMAN QAZAF
1.     Hukuman qazaf ialah sebatan sebanyak 80 kali sebatan jika penuduh gagal membawa 4 orang saksi.
2.     Jika tuduhan tersebut bukan tuduhan zina atau menafikan keturunannya maka ia hendaklah dijatuhkan hukuman ta'azir.
3.     Jika penuduh tidak cukup syarat yang membolehkan hukuman qazaf dijalankan maka  ia boleh  dikenakan hukuman ta'azir.
4.     Jika sekiranya tuduhan tersebut adalah liwat ( memasukan zakar kedalam dubur lelaki atau perempuan ) tanpa mendatangkan bukti yang boleh menyokong tuduhannya maka samalah seperti menuduh seorang itu melakukan zina.
BENTUK-BENTUK QAZAF

Tiga cara melakukan qazaf iaitu:
a.       Tuduhan secara terang ( Sorih)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang membawa makna zina dan penafian keturunan maka hukumannya adalah hukuman qazaf.
b.      Tuduhan secara kiasan (Kinayah )
Tuduhan dengan menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat zina.
c.       Tuduhan secara sindiran ( Ta'ridh)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh  memberi makna yang lain daripada zina maka jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat.
PENSABITAN QAZAF
Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti berikut:
a.       Penyaksian
Penyaksian 4 orang saksi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1.     Lelaki
2.     Baligh
3.     Berakal
4.     Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil)
5.     Islam
6.     Keempat-empat saksi mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri
7.     Keterangan saksi mestilah jelas
8.     Keempat-empat saksi mestilah melihat ditempat dan masa yang sama
9.     Pengakuan - Pengakuan sendiri dari orang yang membuat tuduhan dengan sekali pengakuan di mahkamah.
10.                        Sumpah
Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan dari penuduh,. Maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya.
MENOLAK DAN MENGENEPIKAN TUDUHAN QAZAF
Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:
a.    Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.
b.    Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan dua orang saksi
Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dalam kes ini, orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran  tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan 4 orang saksi mempunyai ciri seorang saksi.

.

Jumaat, 20 Julai 2012

selamat datang RAMADHAN

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Selasa, 26 Jun 2012

INILAH "RUMAH" KITA


Inilah rumah saya nanti..rumah anda juga begitu juga.Cantik tak?luas tak?
Bila kita lihat balik bakal rumah kita nanti,apa perasaan anda?

"Kat dunia kita ada rumah besar..dah besar nak renovate lagi besar..mati nanti inilah rmah kita..Pergi x kembali..hidup didunia ala2 kadar je..lebihkan ilmu akhirat..biar kta miskin didunia,kaya di  akhirat.."

ni pesanan guru silatku..betul apa yang diperkatakannya..kita dah tahu kubur tu besar mana..tapi kita masih buat dosa..sempit,gelap,sorang-sorang..aduhai...malangnya nasib kalau kita tak bawak bekalan didalam kubur.Yang jadi penerang kubur kita,ialah amalan kita..amalan kita ni diibaratkan seperti lampu yang terang..mengalahkan lampu stadium..amalan kita juga akan mengubah saiz kubur kita..dari kecil menjadi seluas-luas pandangan.
Alangkah indahnya jika kubur kita begini..

"hiasi kubur anda dengan amalan bukan dengan kejahatan"


aku nak kongsikan sedikit kata-kata daripada Abu-Laits:

"Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus memperbanyakkan empat dan meninggalkan empat"

apa yang dimaksudkan banyakkan empat ialah:
  • Menjaga sembahyang lima waktu
  • Banyak bersedekah
  • Banyak membaca al-quran
  • Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
semua diatas tu dapat menerangkan dan meluaskan kubur-kubur anda.

empat benda yang kamu kena tinggalkan:
  • Dusta
  • Kianat
  • Adu-adu
  • Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)


cepat atau lambat kita bakal dimasukkan kedalam "rumah" kita nanti..bagi manusia yang takut akan kematian kerana kejahatannya,bertaubatlah..itu baru kita tengok camne rupa kubur.Belum kita rasa siksaan kubur lagi..Allahhuakbar..pedihnya..

ada keterangan yang memberitahu bahawa bumi ini berseru sebanyak lima dengan berkata :

  • Hai anak Adam, anda berjalan diatas punggungku dan kembalimu didalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda makan berbagai macam diatas punggungku dan anda akan dimakan ulat didalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda tertawa diatas punggungku, dan akan menangis didalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda bergembira diatas punggungku dan akan berduka didalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda berbuat dosa diatas punggungku, maka akan tersiksa didalam perutku.

kalau kita dapat dengar bumi ini berseru,alamatnya bertempiaran orang lari ketakutan..
setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan..sekian..moga bermafaat.

BILA KITA BERDOSA

Sekarang ni, baru aku sedar yang aku dah banyak buat salah kepada seseorang. Bila aku kenangkan semalam,menangis aku tak henti-henti.Hinga mataku sakit untuk memejamkan mata.

"Astaghfirullah.."


Aku terus bertaubat.Aku berdosa..Aku cuma fikirkan perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Bagaimana aku mahu berhadapan dengan Allah sedangkan dosa aku terlalu banyak. Menyakiti hati orang lain, melakukan perkara yang terlarang.

Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"

Setiap orang tidak terlepas melakukan dosa.Seperti aku.Aku bukanlah manusia yang baik,bukanlah sahabat yang sejati dan sebagainya.

Dan aku yakin Allah akan mengampuni segala dosaku kerna Allah Maha Menerima Taubat.

Sabtu, 23 Jun 2012

SOLAT SUNAT NIKAH


hasnizamphotography.com

Assalammualaikum sahabat-sahabat semua..
hari ni ada satu benda saya nak kongsi.
Sering kali kita lihat kan orang menikah. Pastu pengantin  terus wat solat sunat...sesetengah orang je la,..
Korang tau tak camne kita nak lakukan itu?
Sebagai lelaki atau calon suami,kita kena tau la sikit ilmu-ilmu ni..kita bakal memimpin..IMAM..

Niat nya ialah:

“Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala”.

                           Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.
Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
Mudah je kawan-kawan.tak sampai pun lima minit.Biar perkahwinan kita itu mendapat rahmat dan kekal bahagia hendaknya..
ada dalil yang menyatakan mengenai Solat Sunat Nikah ni..
Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:


Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata:
“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak)
Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.
Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.
Tapi terpulang lah pada kita untuk melakukannya atau tidak..Renung-renungkan,selamat beramal..^_^
*bila lak tibanya giliran aku~
- Ustaz Rashidi Haji Wahab -

Khamis, 21 Jun 2012

MEMANG ALLAH SENGAJA


Memang Allah sengaja….
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. …..

Rabu, 20 Jun 2012

"AKU" ENGKAU BIARKAN SENDIRI



"Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejati"ku"
Dengan wudu', "Aku" kau sentuh
dalam keadaan suci, "Aku" kau pegang
"Aku" kau junjung dan kau pelajari
"Aku" engkau baca dengan suara lirih atau pun keras
setiap hari
Setelah selesai engkau mencium"ku" mesra


Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi pada"ku"...
Apakah "Aku" bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin "Aku" bahan bacaan yang tidak
menambah
pengetahuanmu
Atau, menurutmu "Aku" hanya untuk anak kecil yang
belajar mengaji...
Sekarang, "Aku" tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana "Aku" tersimpan
"Aku" sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang-kala "Aku" dijadikan mas kawin agar engkau
dianggap bertaqwa
Atau "Aku" kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan
syaitan
Kini "Aku" lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam
kesendirian,
kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, "Aku" engkau pendamkan
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada pada"ku"
engkau baca
beberapa
halaman
Di waktu petang, "Aku" kau baca beramai-ramai bersama
temanmu di
surau...

Sekarang... seawal pagi sambil minum kopi... engkau
baca surat
khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan "Aku" yang berisi ayat-ayat yang datang dari
Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca
pembuka
surah-surah"ku" (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik
duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat
di dalam
keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen
radio
kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada "Aku" untuk kau baca sebelum
kau mulai
kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayat"ku".........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayat"ku" pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar
hampir
melupai"ku"


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam
di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..
"Aku" semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingat"ku", hanya awal Ramadhan engkau membaca"ku"
kembali
Itupun hanya beberapa lembar dari"ku".
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membaca"ku"
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat
tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong
kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada pada"ku"
menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya...
kubur yang setia menunggumu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika "Aku" engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti...
"Aku" akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan "Aku"lah Al-Qur'an, kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah "Aku" kembali. bacalah "Aku" kembali setiap
hari
Karena ayat-ayat yang ada pada"ku" adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera "Aku" dari almari, lacimu...
Letakkan "Aku" selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah "Aku" kembali...

Baca dan pelajari lagi "Aku"...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau
secebis ayat
Seperti dulu... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampung halamanmu yang damai
Jangan "Aku" engkau biarkan sendiri...
Dalam bisu dan sepi...


Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
Semoga bermanfaat.
Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS