SUKA BLOG INI?

Selasa, 12 Februari 2013

TUDUH BERZINA





”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)

Aku nak ceritakan sedikit mengenai hukum “QAZAF”
Korang semua tahu apa itu QAZAF??
Meh sini aku bagi keterangan mengenai hal ni..

“Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain  yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.Jika sekiranya ia hanya menuduh seseorang lain mencuri, minum arak, murtad, termasuk juga mencaci yang boleh menjatuhkan maruah maka ia hanya di kenakan hukuman ta'zir.”
Jadi nak lebih faham,,QAZAF ialah menuduh orang berzina..
Ha…semua dah faham?

Okey..Jadi aku copy and paste je info ni dari laman web JAIS..
SYARAT PENUDUH DAN YANG DITUDUH
Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:
1.     Berakal
2.     Baligh
3.     Kemahuan sendiri
4.     Tahu qazaf itu haram
5.     Bukan ibubapa atau datuk dan ke atas kepada penuduh.
Manakala orang yang dituduh itu pula mesti juga  mempunyai syarat sebagaimana berikut:
1.     Dikenalpasti orangnya.
2.     Seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya  dari sebarang kejahatan.
HUKUMAN QAZAF
1.     Hukuman qazaf ialah sebatan sebanyak 80 kali sebatan jika penuduh gagal membawa 4 orang saksi.
2.     Jika tuduhan tersebut bukan tuduhan zina atau menafikan keturunannya maka ia hendaklah dijatuhkan hukuman ta'azir.
3.     Jika penuduh tidak cukup syarat yang membolehkan hukuman qazaf dijalankan maka  ia boleh  dikenakan hukuman ta'azir.
4.     Jika sekiranya tuduhan tersebut adalah liwat ( memasukan zakar kedalam dubur lelaki atau perempuan ) tanpa mendatangkan bukti yang boleh menyokong tuduhannya maka samalah seperti menuduh seorang itu melakukan zina.
BENTUK-BENTUK QAZAF

Tiga cara melakukan qazaf iaitu:
a.       Tuduhan secara terang ( Sorih)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang membawa makna zina dan penafian keturunan maka hukumannya adalah hukuman qazaf.
b.      Tuduhan secara kiasan (Kinayah )
Tuduhan dengan menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat zina.
c.       Tuduhan secara sindiran ( Ta'ridh)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh  memberi makna yang lain daripada zina maka jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat.
PENSABITAN QAZAF
Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti berikut:
a.       Penyaksian
Penyaksian 4 orang saksi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1.     Lelaki
2.     Baligh
3.     Berakal
4.     Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil)
5.     Islam
6.     Keempat-empat saksi mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri
7.     Keterangan saksi mestilah jelas
8.     Keempat-empat saksi mestilah melihat ditempat dan masa yang sama
9.     Pengakuan - Pengakuan sendiri dari orang yang membuat tuduhan dengan sekali pengakuan di mahkamah.
10.                        Sumpah
Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan dari penuduh,. Maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya.
MENOLAK DAN MENGENEPIKAN TUDUHAN QAZAF
Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:
a.    Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.
b.    Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan dua orang saksi
Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dalam kes ini, orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran  tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan 4 orang saksi mempunyai ciri seorang saksi.

.

Jumaat, 20 Julai 2012

selamat datang RAMADHAN

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS