SUKA BLOG INI?

Rabu, 9 Mei 2012

Kasihnya Ibu

                                            Kasihnya Ibu 


Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Ya...ini adalah sebuah lagu mengenai kasihnya ibu. Mesti anda pernah mendengar nya..Kasih ibu membawa ke syurga..apakah balasannya jika kita menderhaka kepada ibu? jawapannya azab Allah akan dibayar tunai sewaktu dia masih hidup lagi...sewaktu kematian mula datang..ketika nyawa berada ditengah-tengah tengkoroknya, maka siksa lah roh nya keluar.

Pernah tak kita mendengar seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama Alqamah yang tidak mampu mengucapkan syahadah ketika sakaratul maut menjemputnya?

Kasihnya ibu... 

Tapi sekarang..sering sahaja kita mendengar ibu menyiksa dan mendera anaknya..mengapa?
Lihat sahaja gambar di bawah ini..

Seorang ibu mencubit tangan anaknya. "apa salah saya ibu...?"

"sakit bu..kenapa siksa saya..."

"Tolong saya ibu..saya tak mampu bernafas.."



Masih ada lagi ibu yang bersikap kejam begini..dalam video ini ada seorang perempuan yang kelihatan begitu tertekan telah mendera anaknya (saya tidak pasti adakah itu anaknya atau jagaannya) dan si perakam tidak menghalang perbuatan tersebut..(dikatakan perempuan yang merakam ini mau jadikan video ini sebagai bukti kepada polis)

Kelihatan anak itu menangis sepanjang masa akibat disepak,ditampar dan sebagainya. Apabila anak itu diam, si ibu ini pula terus "membelasah" anak tersebut tanpa perasaan kasihan..

Jadi apakah punca sebenarnya kejadian sebegini?

Sungguh aku sendiri tidak mampu menonton video sebegini..sedih dan kasihan..

hayati lah pesanan Nabi Muhammad SAW dalam hadis baginda yang bermaksud:

“Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya.

(Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)


 sedikit tambahan:
rujuk kepada 


PENJELASAN MENGENAI VIDEO PENDERAAAN...


http://amazingnara.com/pengumumanwanita-pukul-bayi-sedang-jalani-hukuman-penjara-18-bulan


Alhamdulillah..kes tersebut sudah lama selesai dan kini wanita tersebut telah menjalani hukuman.
 

3 ulasan:

  1. Allahu akhbar, sangat tersentuh! Aku pun tak sanggup tengok video tu. Takda perikemanusiaan langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes ini merupakan kes pada tahun lepas iaitu pada 2011, telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan. untuk pengetahuan kawan2 fb, orangnya adalah seorang indon yang berusia 19 tahun sahaja dan tempat kejadian pun bukan di sepang malah di petaling jaya...wallah hualam..

      Padam
  2. Kasih ibu membawa ke syurga.. hmmm...xsanggup tengok video tu jugak.. T_T

    BalasPadam

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS