SUKA BLOG INI?

Selasa, 5 Januari 2010

CERITA INSAF

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat. Kemudian datang pemuda
Arab masuk kedalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S.A.W
melihat pemuda itu menangis , maka
baginda pun berkata ,
"Wahai orang muda , kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu , "Ya
Rasulullah S.A.W , ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan
dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar
r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang itu ,
maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah
bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka
mereka pun kembali dan memberitahu
kepada Rasulullah S.A.W , "Ya Rasulullah
S.A.W , kami lihat mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para
sahabat pun pergi kerumah orang muda itu
dan baginda pun berdoa kepada Allah
S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar
kepada bentuk manusia semula. Lalu
Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila
mayat itu hendak dikebumikan , maka
sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu , "Wahai orang muda , apakah
yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu
dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu , "Sebenarnya
ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda , "Wahai para sahabatku ,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang. Dihari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti
babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang
lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya , tiba2 kain
kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu , mereka melihat
ada seekor ular sedang membelit leher
mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular
itu , maka berkata ular tersebut ,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu
Rasulullah , mengapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa
dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya , "Apakah
kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular , "Dia telah
melakukan tiga kesalahan , di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan , dia
tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para
ulama. Maka inilah balasannya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualaikum.
Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil bahan ini tanpa meminta izin. Tinggalkan link blog anda untuk saya menziarahi blog anda.Semoga bermanfaat, sahabat.

Segala isi kandungan didalam blog ini boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja-SYED MOHAMAD FIRDAUS